chapter 45

2.3K 382 42
                                    

Arif duduk tenang di balcony biliknya. Matanya elok memandang ke arah dada langit yang ditaburi bintang-bintang yang indah. Udara malam menampar lembut kulit jejaka itu.

Kejadian beberapa minggu lepas terulang kembali. Kesan merah di tangan gadis itu tidak asing di matanya. Kesan itu sama seperti kesan akibat cengkaman seseorang. Arif mengetap bibir. Semua maklumat yang dikumpulnya sekarang ibarat tidak masuk akal.

Ipad dibuka sebelum tanganya lincah menekan-nekan screen itu. Beberapa data yang dikumpul diperiksa semula. Kening dikerutkan. Dari apa yang dia dengar, Rayyan, Fahmi dan Harith berpindah ke Sabah. Tapi bila diperiksa, tiada pun nama Fahmi dalam senarai pelajar di sekolah itu. Bila ditanya kepada Rayyan, Rayyan menyatakan bahawa lelaki itu tidak ikut pindah bersama mereka. Pelik. Pergerakkan Datin Amira juga semakin pelik. Wanita itu sering balik pada malam hari dan setiap kali balik dia akan terus bergegas masuk ke dalam bilik.

Adakah Datin Amira menculik Fahmi? Tapi kenapa? Kenapa dalam ramai-ramai orang, Fahmi juga yang mahu diculik?

Lagi satu, misteri tentang siapa yang menghantar pesanan kepada Aria, Afiya dan Anis tempoh hari. Orang itu seolah berada di tempat itu sewaktu pesanan dihantar. Masa yang dipilih untuk menghantar mesej itu sangat tepat.

" Yow bro "

Arif tersentak dari lamunanya. Afiq dan Aryan melabuhkan punggung pada kerusi yang turut ada di balcony tersebut.

" Kau fikir apa? " Soal Aryan tenang. Arif mengeluh sebelum meletakkan Ipadnya di atas meja.

Afiq dan Aryan meneliti maklumat pada Ipad itu sebelum turut mengeluh.

" Aku letih lah nak fikir pasal benda ni " luah Afiq.

" Kau fikir aku nak sangat ke fikir? Tapi takkan nak buat taktau? " Balas Arif.

Afiq mendengus kasar.

" Anis dengan Afiya langsung tak contact korang ke? " Celah Aryan. Dua lelaki itu menggeleng perlahan. Aryan terdiam. Antara mereka bertiga, hanya dia sahaja yang di block oleh Aria.

3 lelaki itu terdiam. Masing-masing buntu dengan keadaan sekarang. Dengan peperiksaan spm yang akan berlangsung lagi beberapa minggu, dengan misteri kehilangan Fahmi yang mungkin hanya disedari oleh mereka bertiga, semuanya ibarat beban yang menjadi pemberat bagi fikiran mereka.

" Aku rasa, kita patut lupakan semua ni untuk sementara waktu " cadang Aryan. Arif dan Afiq diam tidak memberi respond. Aryan yang tidak menerima balasan dari adik adiknya itu melepaskan keluhan ringan.

" Let's focus on our exam first "



Sebulan kemudian.

3 orang pelajar keluar dari dalam dewan peperiksaan. Masing-masing beriak tenang. Tidak menunjukkan bahawa mereka gembira ataupun tidak. Selalunya pelajar kalau habis peperiksaan gembira bukan main tapi tidak bagi 3 pelajar ini.

" Last paper tadi macam mana girls? Okay? " Soal Carla kepada 3 orang rakanya itu.

" Ok " balas Anis ringkas sementara Aria dan Afiya pula hanya mendiamkan diri.

Carla mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu apa masalah 3 gadis ini. Mahu bertanya tetapi takut. Macam mana tidak takut kalau mereka hanya memasang riak wajah ketat sepanjang masa. Orang mahu tegur pun berfikir 2 3 kali.

" Hai girls. So macam mana last paper korang? " Tegur Qais. Zahir di sebelahnya hanya memerhati.

" Ok je " jawab Carla mewakili mereka semua.

" Oh baguslah. By the way tak nak gambar dulu ke sebelum balik? Kau tengok students lain sibuk nak bergambar aku nak juga " ajak Qais sambil mengeluarkan Iphone miliknya.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now