chapter 18

2.5K 408 44
                                    

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Sekarang semua orang sudah bangun dari kerusi untuk berinteraksi bersama orang lain. Banyak meja sudah kosong dan hanya diisi oleh beberapa orang sahaja.

Yang lain sibuk bergambar dan berborak. Ada juga yang mula naik ke pentas untuk bernyanyi. Bagus, keyakinan tu yang kita mahu. Hanya meja kami sahaja yang dari tadi penuh. Masing-masing sibuk menghadap telefon. Bukan apa, malas mahu berinteraksi sahaja.

Aku menoleh ke arah meja vvip iaitu meja yang diduduki oleh pengetua dan guru-guru. Mereka mula berdiri dan masuk ke dalam bilik vvip. Mungkin kerana keadaan di dewan sudah mula bising.

Aku memandang ke arah qaisarah. Macam yang aku jangka, dia dah hilang dari tempat duduk dia sedangkan dari tadi, dia duduk situ tak berganjak langsung. Aku menoleh ke arah anis dan adriana dan memberikan isyarat kepada mereka. Mereka mengangguk faham.

Jam aku tilik. 5 minit lagi aku dengan afiya pula akan bangun. Senyum sinis aku tarik. Kau nak burukkan aku sangat kan Cyra. Sekarang kita tengok siapa yang akan diperburukkan.


" Auch "

Sikunya terasa pedih. Mukanya berkerut menahan sakit. Qaisarah mendongak memandang gerangan manusia yang menariknya hingga ke rooftop hotel ini. Takut? Sudah tentu dia takut. Dia hanya seorang diri sedangkan di hadapanya kini ada 5 orang. Siapa lagi kalau bukan Cyra, Syaza, Carla, Alia dan Tiya?

" Auch, sakit ke Qaisarah Farhana? " Cyra menunduk memandang qai yang sudah terjatuh. qai mengetap bibir.

" Aku dah cakap, scarlets sekarang aku yang control. Kalau kau tikam belakang aku, ni lah yang kau dapat " ujar Cyra sebelum menampar wajah qai.

Qai memegang pipi. Sakit. Sudahlah siku nya pedih, sekarang pipi pula. Qai menunduk takut. Perlahan, cairan hangat mengalir membasahi pipinya.

Cyra ketawa kecil.

" Sakit ke Qaisarah? Kalau sakit aku boleh stop "

" Tapi... " Cyra berdiri semula. Tanganya disilang.

" Sebagai ganti, aku akan buat Qistina merana "

Mendengar kata-kata cyra, Qaisarah terus mengangkat muka. Cepat-cepat dia berlutut di hadapan Cyra.

" Jangan!! Jangan sentuh adik aku. kalau kau marah aku, pukul aku " suara Qaisarah bergetar. Cyra tersenyum sinis.

" What a great sister "

Kakinya diangkat, mahu menendang qai. Namun belum sempat dia melakukan perbuatan itu, telinganya menangkap sesuatu bunyi.

Pap

Pap

Pap

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now