chapter 09

3.1K 495 50
                                    

---------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---------

Afiyaa mencekak pinggang. pagar-pagar yang disusun pada trek larian dipandang satu persatu. Dari dulu lagi dia adalah athlete larian lompat pagar namun kali ini dia akan bertanding dibawah violette highschool dan kalau dia menang dia akan diambil untuk menjadi athlete wakil sekolah dan dia akan bertanding dengan sekolah lamanya.

" Ceh perempuan geng jalang ni ada hati nak bertanding "

Afiya menoleh. Seorang perempuan yang lebih tinggi darinya tersenyum sinis. Afiya memandang perempuan itu atas bawah. Dengan rambut sedikit keperangan, kulit sedikit gelap, bentuk muka tajam, hidung mancung dan bulu mata yang melentik pergh ni bajet model ni. Tapi sayang, senang-senang je dia nak judge orang.

" Kau jangan ingat nak menang lah perempuan " ujarnya lagi.

" Memang taknak menang pun " jawab afiya.

" Ehem ehem, setiap peserta sila ambil tempat sekarang "

Mendengar sahaja arahan itu, Afiya terus beredar meninggalkan perempuan tadi. Dia merengus kasar sebelum sama mengambil tempatnya.

" Kegarisan "

" Sedia "

Pap

Afiya berlari meninggalkan semua peserta lain, dia kini berada di tempat pertama.

Semua pagar berjaga dilintasi oleh Afiya tanpa masalah. Di hujung trek dia berlari sedikit perlahan, ingin mendahulukan peserta lain sebelum dia pecut dan mengambil tempat kedua atau ketiga.

Pew

Perempuan tadi berlari pecut menuju ke garisan penamat. Afiya tersengih sebelum turut memecut. Namun belum sempat perempuan tadi sampai ke garisan penamat...

Dush

" Eh ? " Tanpa sedar Afiya sudah melintasi garisan penamat dan mengambil tempat pertama. Lonceng dibunyikan. Beberapa peserta lain pun sudah sampai meninggalkan perempuan tadi terjatuh disitu.

Dalam keadaan tercungap-cungap, cepat-cepat Afiya berlari semula ke belakang dan membantu perempuan itu. Dia bukanya baik sangat namun dia ternampak bagaimana perempuan itu jatuh dan tangan serta lututnya tergesel pada trek yang kasar itu.

" Kau ok tak ? " Afiya menegur lembut. Dia duduk bercangkung memandang perempuan itu. Entah kenapa ahli BSMM belum datang untuk menolongnya.

" Sakit " gumamnya perlahan.

" Woi BSMM cepatlah " tengking Afiya kepada ahli BSMM yang terkebil-kebil memandang ke arah mereka. Cepat-cepat mereka berlari anak dan menolong perempuan tadi.

Perempuan tadi didudukan pada seat khas di bawah kem. Beberapa orang ahli BSMM merawat lukanya. Afiya mengambil sebotol air mineral sebelum dihulurkan pada perempuan itu.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now