chapter 03

4.4K 599 60
                                    

  Aria berjalan seorang diri melalui koridor sekolah menuju ke kelasnya. sekarang sudah lewat petang dan dia baru sahaja habis latihan bola jaring. tidak lama lagi sukan msss akan diadakan dan kumpulan dia akan berlawan dengan kumpulan daripada kelas lain.


Tujuan dia balik ke kelas sekarang adalah untuk mengambil beberapa buku yang tertinggal di lacinya. Anis dan Afiya awal lagi sudah menarik diri daripada menemani sahabat mereka itu sebaliknya mereka hanya menunggu di kereta sahaja.

tombol pintu dipulas. bagus, tidak berkunci. mungkin dania lupa untuk kunci lagi. dania adalah penolong ketua kelas dan orang yanh ditugaskan untuk mengunci pintu kelas. selalu juga budak tu lupa untuk kunci pintu tapi setakat ni belum pernah apa-apa kes terjadi.

aria masuk ke dalam kelas, serentak matanya bertembung dengan mata seorang lelaki. lelaki itu sedang mengerjakan sesuatu. mungkin ulang kaji ? dia sendiri pun tidak tau.

" masuk je, buat apa yang kau nak lepas tu blah " ujar aryan apabila melihat aria berdiri kaku di hadapan pintu kelas.

aria berdehem, ingin menghilangkan perasaan janggal lalu berjalan mendekati mejanya. aria sedikit tertunduk ingin mencapai buku buku notanya yang tertinggal. namun lain pula yang dicapai.

milo kotak mini yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja, lupa pula mahu minum awal tadi. tangan kembali mencapai buku-buku notanya. baru sahaja dia mahu meninggal kan kelas itu, matanya memandang ke arah aryan yang masih sedang fokus pada kerjanya. langsung tidak menghiraukan kehadiranya disana.

' weird, bukan dia sepatutnya latihan bola keranjang ke sekarang ’ fikir aria. aryan merupakan ketua kumpulan bola keranjang jadi kenapa dia berada di sini? bukan di gelanggang?

“ nak pandang aku sampai esok ke ? ” soal aryan tanpa mengangkat muka. aria mencebik. perasanya.

milo kotak tadi diletakkan di atas meja aryan. aryan berhenti menulis lalu mengangkat kepala. kening sebelah diangkat.

“ aku tak rasa nak minum, kau ambil lah. bye ” ujar aria sebelum terus melangkah keluar dari dalam kelas. entah kenapa dia terdetik mahu memberikan milo itu kepada aryan.

dalam masa yang sama, aryan merenung kotak milo yang diberikan oleh aria tadi. perlahan, senyuman ditarik.

I don't drink milo you silly


keesokkan harinya, kelas 5 arsenic sedang berada di gelanggang bola tampar untuk subjek pendidikan jasmani. selesai warm up, afiqq dan ariff dan aryan masuk ke dalam gelanggang diikuti beberapa orang pelajar lelaki lain. afiya dan anis pula hanya duduk di tepi, malas mahu main buat masa sekarang. Aria pula berdiri di sebelah gelanggang. entah kenapa dirinya pula disuruh menjadi pengadil.

Permainan dimula. Kumpulan afiqq lawan dengan kumpulan daniel. Nampaknya kumpulan afiqq mendahului. Afiya memandang squad afiqq, atau sebenarnya lebih kepada Afiq sahaja. Dia sedikit tertarik dengan cara lelaki itu bermain. lompatan dia, pukulan dia, cara dia tetapkan posisi, semuanya perfect.

‘ he's talented ’

“ fiya, sini jap ” adriana yang berdiri di hujung ruang gelanggang memanggilnya. Baru sahaja afiya ingin melangkah, dia mendengar bunyi jeritan.

“ aff ” jerit anis. belum sempat afiya bertindak, terasa sebuah hentakan melanggar belakangnya. afiya terdorong ke depan. Nasib baik dia sempat mengimbangkan badanya kalau tidak sia sia dia terjatuh mencium tanah. adriana menutup mulut. terkejut.

perlahan afiya memusingkan badanya.

“ siapa umban bola tu tadi ” soalnya dingin. perlahan semua mata bergerak memandang Afiq. Afiq membuat muka tidak bersalah.

“ yang kau berdiri sana kenapa ” ujarnya tenang.

“ lepastu kau nak suruh aku berdiri kat mana ” balas afiya kasar.

" duduklah dekat tempat yang bola tu tak kena "

" mana aku tau tempat mana yang tak kena bola "

" kalau taktau kena ambil tau "

" kau bodoke "

" sikit "

Afiya mendengus kasar. penumbuknya digenggam. Anis memandang Aria, ingin memberi isyarat supaya menghentikan pergaduhan itu segera.

" er.. haa masa dah habis, jum blah. haa kumpulan Afiq menang ye. boleh bersurai kan Daniel kan " ujar aria cemas lalu memandang ke arah ketua kelas itu.

" haa ye ye, boleh baik kelas ye semua " sokong daniel yang takut akan letusan gunung berapi yang mungkin meletus tidak lama lagi.

Aria berlari anak ke arah afiya. tanganya memaut tangan gadis itu sebelum menariknya pergi.

waktu rehat

Afiya duduk berseorangan di kelas sambil mengerjakan kerja rumah matematik yang sepatutnya dihantar esok. Senanglah buat sekarang supaya bila balik nanti dia tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang kerja rumahnya.

Aria, Anis dan Adriana pula sudah lama berada di kantin. Ada juga mereka memaksa afiya tadi namun nampaknya gadis itu memang tiada tanda tanda mahu meninggalkan kelas.

Fokus afiya hilang apabila kerusi di sebelahnya ditarik. cepatnya aria balik dari kantin ?

Afiya mengangkat muka lalu menoleh ke kiri. Terkejut dia apabila orang yang selalu mencari masalah dengan dia duduk di tempat itu. Afiya mengeluh.

" kalau nak cari gaduh bukan sekarang. aku tengah malas " ujar afiya malas. Afiq ketawa kecil.

" siapa cakap aku nak cari gaduh ? " balas Afiq selamba. Afiya hanya mendiamkan diri. Malas mahu menjawab.

beberapa minit berlalu, Afiq masih dalam posisi yang sama. tangan ditongkatkan di atas meja. kepalanya menghadap ke arah Afiya.

" belakang kau sakit lagi ke ? " soalnya mendatar. Afiya terkejut dengan nada yang digunakan oleh Afiq. sakit ke budak ni?

" dah ok " balas Afiya ringkas. Afiq berdiri, perlahan dia mendekati afiya.

" maaf tau " ucapnya separuh berbisik. Afiya tersentak. perlahan dia mengangkat kepala, memandang tepat ke arah muka afiqq.

mata mereka bertaut. lama mereka berada dalam keadaan tersebut. beberapa saat kemudian mereka mendengar tapak kaki pelajar-pelajar melangkah ke arah kelas itu. sudah tentu itu tapak kaki rakan-rakan sekelas mereka.

Afiq tersenyum sebelum mengusap lembut kepala Afiya lalu berjalan keluar dari dalam kelas. Afiya yang masih terkejut hanya mendiamkan diri. tanganya bergerak membetulkan rambutnya yang sudah serabai. perlahan mulutnya mengukir senyuman.

' the f is wrong with me ? '

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now