chapter 53

3.7K 473 167
                                    

5 tahun kemudian..

" Malasnya aku " jerit Afiya sebelum menghempas badanya masuk ke dalam kereta. Aria dan Anis yang berada di dalam kereta yang sama hanya menggeleng perlahan. Hari ini, mereka akan menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan seorang usahawan terkenal dan memandangkan mereka bertiga kini aktif dalam bidang perniagaan dan telah dikenali ramai orang, mereka telah dijemput sebagai tetamu vvip dalam majlis tersebut.

" Majlis siapa ni eh? Aku dah lupa " soal Anis sambil membetulkan rambutnya.

" I don't know yang aku tau, ni majlis ulang tahun perkahwinan CEO The Qs. Alah syarikat pengeluar kereta tu " jawab Aria. Anis dan Afiya mengangguk. Kereta vellfire yang dinaiki mereka bertiga meluncur laju membelah jalan raya yang kosong. Aria memandang langit malam itu. Entah kenapa hatinya terasa teruja. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

" The sons of Mr. Alfian, CEO of The Qs Holdings will appear on their wedding anniversary. Hmm interesting " Tajuk utama artikel itu dibaca oleh Afiya. Anis dan Aria sekadar memasang telinga.

" Erk, nanti mesti anak dia be like ' I would like to introduce myself as the bla bla bla ' aku dah muak " ujar Afiya bersama riak wajah menyampah.

" Are you sure miss? I dengar anak Mr. Alfian handsome " ujar Eric, pemandu peribadi mereka.

" Tak kesahlah handsome ke kaya ke kalau acah tak guna juga " jawab Afiya selamba. Eric tersenyum, sudah terbiasa dengan sikap majikan-majikanya yang tidak pernah melayan mana mana lelaki yang berminat dengan mereka.

Beberapa minit kemudian, mereka akhirnya sampai di hadapan sebuah banggunan hotel. 3 gadis itu melangkah turun sebelum pancaran lampu camera menyilaukan mata mereka. Afiya, Aria dan Anis tersenyum.

Orang cakap

Smile for the camera.

3 gadis itu melangkah masuk ke dalam dewan sebelum seisi dewan memandang ke arah mereka. Aria, Afiya dan Anis hanya beriak biasa memandangkan mereka sudah biasa menjadi pusat perhatian.

" Excuse me miss, meja awak semua dekat sini " tegur seorang wanita. 3 gadis itu mengangguk sebelum mengikut pelayan itu.

" Adriana!!! " Ujar Aria, Afiya dan Anis serentak. Adriana yang sedang menghirup air tersedak apabila mendengar namanya dipanggil.

" Jangan lah jerit orang tengok malu lah " ujar Adriana bersama wajahnya yang sudah merona merah. Gadis itu kini merupakan seorangs model terkenal.

" Kita duduk semeja ke weh? " Ujar Afiya sebelum duduk di tempat duduknya. Adriana mengangguk sebelum tersenyum manis.

" 4 meja kosong ni untuk siapa? " Soal Aria lalu menunjuk ke arah 4 kerusi kosong di meja mereka.

" 1 for Adrian, 3 lagi aku taktau " tipu Adriana. Aria, Afiya dan Anis mengangguk.

" Mana Adrian? Aku dah lama tak nampak dia " ujar Anis pula.

" Ntah, tadi dia cakap dia ada hal " jawab Adriana.  3 gadis itu mengangguk faham.

Beberapa minit kemudian, majlis dimulakan. Bermula dengan ucapan daripada beberapa orang ternama sampailah ucapan daripada CEO TheQs holding bersama isterinya sendiri yang berucap. Aria, Afiya dan Anis sudah mula bosan.

" Ehem, seperti yang diwarwarkan kepada kamu semua, saya akan memperkenalkan anak-anak saya di majlis ini. Tanpa membuang masa, saya mempersilakan 3 orang anak saya untuk memperkenalkan diri " Encik Alfian turun dari pentas sebelum 3 orang lelaki naik ke atas pentas.

Aria, Afiya dan Anis menongkat dagu, malas mahu ambil tahu tentang anak kepada CEO terkenal itu.

" Umm hello? " ujar salah seorang dari mereka.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now