chapter 26

2.4K 390 33
                                    

Anis, Afiya, Aria dan Adriana melangkah masuk ke dalam kelas. Anis hanya menunduk, sudah 3 hari dia mengambil cuti kerana tidak bersemangat mahu ke sekolah. Nasib Afiya dan Aria pandai mencipta alasan kepada cikgu moon. Kalau tidak, tak pasal-pasal dia dapat surat amaran.

Anis memandang Arif, namun lelaki itu hanya focus bermain dengan telefonya. Anis mengetap bibir lalu duduk di tempat duduknya yang terletak di hadapan tempat duduk Arif. Beberapa saat kemudian, bunyi kerusi ditolak menyapa pendengaranya. Anis menjeling ke sebelah, terlihat bayangan Arif yang berjalan melaluinya lalu keluar dari kelas. Anis hanya mendiamkan diri.

" Korang still tak tau ke masalah Arif tu? " Afiya menoleh ke belakang. Afiq memandang Aryan. Aryan mengeluh perlahan.

" Dia taknak bagitau kitorang " jawab Aryan.

" Petang ni kita keluar nak? Dahlama tak hangout sama-sama " ajak Adrian. Sejujurnya hati dia sendiri sakit apabila melihat keadaan mereka macamni.

" Boleh, petang ni pun aku ingat nak ajak 3 ekor ni rest daripada study. Mana boleh asyik study je. Nanti otak rosak " sokong Adriana.

" Mana kau baca benda merepek ni " soal Afiya hairan.

" Tak baca, aku yang buat " Adriana tersengih. Pecah ketawa mereka berenam.

" Ehem anis, kau ikut tak? " Aria menegur anis yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa masalah gadis itu. Bila ditanya kenapa, dia sekadar menggeleng. Tidak mahu berkongsi cerita.

" Tak, aku nak catch up pelajaran yang aku terlepas " jawab Anis. Tanganya sibuk menyalin jawapan kerja rumah fizik dari buku Aria.

Mereka berenam berpandangan sebelum bahu diangkat. Masing-masing tidak tahu harus membuat apa.


Aryan, Afiq, Adrian, Aria, Afiya dan Adriana berjalan santai di sebuah taman. Niat tadi mahu berjogging tapi bila sampai masing-masing malas mahu jogging. Kita mampu merancang sahaja bukan?

" Nak ice cream " Aria menunjuk ke arah sebuah ice cream truck yang berada disitu. Matanya memandang ke arah Aryan dengan pandangan ' tolong belikan ' Aryan membuat muka menyampah.

" Nak ice cream apa? " Soalnya sambil menyeluk poket. Aria tersenyum manis.

" Nak chocolate "

" Hmm yang lain nak apa? Aku belanja " Aryan memandang ke arah 5 orang rakanya pula.

" Vanilla "

" Yum "

" Haa Afiq, Adrian ikut aku. Korang bertiga tunggu sini " ajak Aryan. Afiq dan Adrian hanya menurut.

Aria, Afiya dan Adriana melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi dibawah pokok - pokok yang indah sementara 3 orang lelaki itu membelikan ice cream untuk mereka.

" Anis kenapa eh " Adriana mula membuka topic. Afiya dan Aria mengeluh ringan.

" Someone broke her heart " jawab Afiya perlahan. Adriana mengerutkan kening.

" Siapa? "

" Kau rasa siapa " Aria dan Afiya memandang ke arah Adriana.

" Arif? "

Serentak Afiya dan Aria menoleh ke hadapan semula.

" Kitorang pun taktau siapa tapi, siapa lagi kalau bukan Arif " jawab Afiya sambil bermain-main dengan batu menggunakan kakinya.

Adriana terdiam. Ada betul nya juga.

" Nah " Aryan menghulurkan ice cream ke hadapan aku. Aku menyambut dengan senyuman. Afiya dan Adriana bangun bagi memberikan ruang kepada Aryan untuk duduk di sebelah aku lalu mereka berdua duduk pula di kerusi lain bersama pasangan masing-masing.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now