chapter 50

2.4K 385 81
                                    

Aryan, Arif dan Afiq berjalan melalui koridor rumah itu. 3 lelaki yang menyerang mereka tadi telah diikat dan dikurung ke dalam sebuah bilik.

" Asal besar sangat banggunan ni? " Keluh Afiq sambil berjalan dengan tenang ke hadapan.

" Kau boleh diam tak? " Tegur Arif yang dari tadi terpaksa menadah telinga mendengar keluhan abangnya itu. Afiq mencebik sebelum kembali fokus dengan perjalananya.

Aryan yang hanya mendengar membuat tidak tahu dan terus berjalan ke hadapan.

Vroom vroom

Aryan, Afiq dan Arif tersentak. Bunyi sebuah kereta menyapa ruang pendengaran mereka. Aryan mengetap bibir. Habislah kalau orang yang datang itu adalah datin Amira. Kalau mereka terserempak dengan mana-mana pengawal, mesti salah seorang dari mereka akan memberi tahu datin Amira.

" Psstt, woi "

3 kembar itu menoleh sebelum wajah mereka terkejut memandang kelibat Adrian yang sedang berlari ke arah mereka.

" Weh bising lah gila " marah Afiq.

" Kau bertiga ikut aku sekarang " Adrian menarik baju Afiq menyebabkan lelaki itu terpaksa bergerak mengikuti Adrian. Aryan dan Arif memandang satu sama lain sebelum mengikut Adrian ke sebuah bilik.

" Ad kau buat apa sini bukan sepatutnya kau jaga ruang tamu ke? " Soal Aryan hairan.

" Dato' Amir datang gila, dia bawa 3 orang pengawal. Kalau dia nampak korang bertiga memang habis " bisik Adrian. Aryan, Arif yang Afiq terdiam. Nampaknya mereka telah memilih hari yang salah.

Sebuah pintu bilik dibuka sebelum Adrian menolak Afiq, Aryan dan Arif masuk ke dalam. Adriana yang berada di bilik itu cepat cepat mengarahkan mereka bertiga untuk sembunyi di bawah katil.

" Jangan tolak lah Adriana kalau ada lipas bawah katil ni macam mana? " Afiq menepis kasar tangan Adriana yang menolaknya. Adriana menjelingkan mata ke atas.

" Kau takut lipas ke takut mati? " Soal gadis itu tegas. Afiq yang mendengar cepat-cepat masuk ke bawah katil.

" Ehem, Farish.. " Adrian yang berada di depan pintu tersentak mendengar suara itu.

" U-uncle " jawab Adrian sambil menunduk memandang Dato' Amir yang memandangnya tajam.

" Apa kau buat dekat sini? " Soal Dato' Amir. Adrian menelan air liur.

" Kitorang ada benda nak borak " Adriana yang dari tadi turut tersentak mula mencelah. Aryan, Arif dan Afiq yang berada di bawah katil menutup mulut. Takut jika dato' amir menyedari kehadiran mereka disitu.

" Borak pasal apa? Bukan sepatutnya kau orang berdua dah tidur ke sekarang? " Soal Dato'Amir lagi. 

" Private sikit lah uncle " Adriana menunduk. Dato' Amir memandang dua remaja itu tajam. Adriana dan Adrian mengetap bibir. Takut jika lelaki itu menghidu perbuatan mereka.

" Jangan cakap yang korang.... "

Jantung Adriana, Adrian, Aryan, Afiq dan Arif mula berdegup laju. Lelaki ini seolah dapat menghidu sahaja perbuatan mereka.

" Korang borak pasal hati dan perasaan ke? " Tanya Dato' Amir selamba. Tanganya disilangkan pada dada.

5 orang itu menghembuskan nafas lega.

" Kira macamtu lah hehe " jawab Adrian malu. Dato'Amir tersengih.

" Dahlah teruskan dengan perbualan kamu. Uncle nak bagi hadiah sikit dekat tikus 3 orang tu " ucap lelaki tua itu sebelum melangkah meninggalkan mereka. Adrian menghembuskan nafas lega sebelum memandang Adriana yang turut memandangnya.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now