chapter 16

2.4K 396 31
                                    

" your words are just same as your father, cyra irdina "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" your words are just same as your father, cyra irdina "

Cyra mengetap bibir. Aku tersenyum sinis. Ya, cikgu Hakim, pengetua scarlets highschool adalah ayah kepada Cyra. Itu juga mungkin adalah salah satu sebab kenapa cikgu hakim bersetuju untuk menghantar kami bertiga ke Violette highschool. Supaya anak manjanya ini tiada saingan lagi.

" Lama tak jumpa, Qais, Zahir, tak sangka pula korang berkawan dengan Cyra " ujarku sambil membalas pandangan tajam Qais.

Apa yang kau marah sangat ni Qais?

" Haah, sejak kau pergi aku memang kawan dengan dia, aku selesa berkawan dengan dia. Lagi selesa daripada aku berkawan dengan kau " balas Qais lantang. Aku menahan hati. Aku tau dia cuba pancing kemarahan aku sekarang.

Senyuman senget aku tarik.

" Well good for you " jawab aku sebelum ketawa kecil.

" Ehem, aku rasa kita dah boleh gerak sekarang kut " Aryan mencelah. Mesti keadaan sekarang agak janggal untuk dia.

" Haah, jum kita sarapan dulu. Boleh ikut kami ye " sambung Adrian pula.

Tiba-tiba, tangan aku disentuh oleh seseorang.

" Kita jalan dulu " ujar adriana lalu menarik tangan aku dan kami berjalan beriringan ke kantin. Adrian dan Aryan hanya mengikuti kami dari belakang.

" Handsome lah Qais tu " bisik adriana sambil tersenyum nakal.

" Adrian kau nak letak mana? " Aku menayang muka menyampah.

" Takpe, hati kan ada dua bahagian, boleh share lah " jawab adriana sebelum ketawa besar. Aku menggeleng. Ni kalau adrian dengar boleh hilang mood dia sampai esok.

Sampai sahaja di kantin, aku melihat Anis dan Arif di meja dimana semua makanan diletakkan manakala Afiq dan Afiya pula duduk di meja hujung sambil berbual. Entah apa yang dibualkan pun aku tak tau.

" Ambil makanan dekat sini ye, aktiviti akan mula jam 10. So korang semua boleh rilex dulu " pesan Adrian. Mereka hanya menurut.

Kami berempat kemudianya berjalan menuju ke meja di mana Afiya dan Afiq berada sementara anis dan arif pula menguruskan pembahagian makanan.

Selesai makan, Adrian membahagikan 80 orang pelajar tingkatan 5 kepada 4 kumpulan. Maknanya ada 20 orang setiap kumpulan.

Dua orang akan membimbing 20 orang untuk mengelilingi sekolah dan menjelaskan konsep-konsep, bilik, bahagian, dan sebagainya kepada mereka. Menarik kan?

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now