chapter 44

2.3K 373 44
                                    

Aria, Afiya dan Anis melangkah memasuki kawasan sekolah Scarlets Highschool. Beberapa orang yang memandang mereka tersenyum sedangkan 3 orang itu hanya memasang riak wajah dingin. Sejak kejadian di Violette Highschool khamis lepas, mereka sudah jarang tersenyum. Masing-masing menyimpan rasa sakit dalam hati.

Sudah berkali-kali Aryan menelefon Aria namun panggilan itu hanya dibiarkan tidak berjawab. Sementara Afiq dan Arif pula langsung tidak menghantar pesanan pada Afiya dan Anis.

3 orang itu melangkah masuk ke dalam kelas 5 Sirius. Kelas pertama daripada 5 kelas. Serentak satu kelas memandang mereka bertiga termasuk Qais, Zahir dan Carla yang juga merupakan pelajar kelas itu.

" Aria !! "

" Afiya !! "

" Anis !! "

Serentak 3 nama itu disebut oleh pelajar kelas itu. Aria, Afiya dan Anis hanya tersenyum nipis sebelum melabuhkan punggung di 3 tempat duduk paling hadapan. Itu memang tempat duduk mereka sejak dulu.

" Amboi monyok je. Tak suka ke masuk Scarlets High balik? " Tegur Carla.

" Takdelah. Cuma lately ni stress sikit " balas Anis lembut.

" Oh, Aryan, Arif, Afiq dengan Adrian ok? Dengan siapa lagi satu tu? Awek cantik tu? Adriana? Ha dorang ok? " Soal Qais tanpa bertapis.

Serentak Anis dan Afiya memandang sesama sendiri sementara Aria hanya menunduk.

" Adrian dengan Adriana ok je " jawab Aria mendatar.

Zahir menyiku Qais perlahan. Isyarat mata diberikan.

" Ahh takpelah kalau macamtu, kitorang sambung borak dulu " ujar Qais sebelum menyambung perbualanya dengan Carla dan Zahir.

Aria melepaskan keluhan berat. Jujur dia rindu dengan suasana Violette High atau lebih tepat lagi dia rindu dengan lelaki itu. Perlahan wajah Aryan terbayang dalam minda nya. 

Apa kau tengah buat sekarang Aryan?



Sejak kepergian 3 gadis itu, Aryan, Afiq dan Arif menjadi dingin. Sangat dingin sehingga cikgu sendiri pun takut untuk menegur mereka. 3 jejaka itu sudah jarang berada di luar kelas. Mereka hanya duduk terkurung di dalam kelas sambil mengulang kaji pelajaran. Hanya itu yang mampu mengalihkan fikiran mereka dari memikirkan gadis gadis itu.

Adrian dan Adriana hanya diam melihat perubahan yang jelas pada 3 lelaki itu. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Sebenarnya mereka berdua sudah lama tahu akan perangai sebenar Datin Amira. Mereka sudah lama tahu yang 3 jejaka itu didera oleh ibu bapa sendiri. Namun mereka hanya memilih untuk diam. Kenapa? Kerana Datin Amira bukanlah orang biasa. Nanti tak pasal-pasal dengan mereka sekali didera.

Tok tok tok

Pintu diketuk perlahan oleh 2 orang pelajar tingkatan 4. Serentak satu kelas menayangkan riak wajah menyampah. Siapa lagi yang mahu menyemak di kelas mereka kalau bukan 2 gadis gedik itu? Laira dan Myra. Sejak kepergian Aria, Afiya dan Anis, 2 pelajar gedik itu terlebih rajin untuk datang ke kelas mereka untuk menggatal dengan Arif dan Aryan.

" Abang Aryan~~ harini Laira ada bawakan sarapan " ujar Laira sebelum berlari kecil ke arah Aryan.

Aryan hanya memandang sekilas sebelum kembali focus pada latihanya.

" Abang Arif sihat? Kenapa nampak pucat je ni? " Soal Myra prihatin.

Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan.

" Haih, korang berdua ni boleh blah tak? Semak lah mata aku tengok " marah Afiq kepada 2 gadis itu. Myra dan Laira tersentak sebelum kedua duanya mencebik.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now