chapter 34

2.2K 381 39
                                    

" Qarl. Qarl Alfian Qalish. "

Aryan tersentak. Matanya dipejam. Nafas cuba dikawal. Tanganya digenggam bagi menahan rasa sebak di dadanya sekarang.

" Adik pula nama full apa? " Soal Qarl.

" A-aryan je pakcik " balas Aryan tersekat-sekat.

" Handsome betul kamu ni Aryan. Anak pakcik si Aryan tu mesti handsome macam kamu. Sama lah macam kembar dia. Kamu tau anak pakcik kembar 3. Aryan, Afiq, Arif. Mesti dorang bahagia sekarang " ujar Qarl sambil tersenyum.

Aryan mengetap bibir.

" Apa yang buatkan pakcik rasa dorang hidup bahagia? " Soal Aryan berani.

Qarl diam sejenak sebelum menjawab.

" Sebab dorang hidup dalam keluarga yang kaya raya. Mesti ayah baru dorang dapat bagi apa yang pakcik tak boleh bagi. Pakcik ni kerja Polis je, isteri pula suri rumah. Tak boleh bagi semua benda yang anak isteri nak. Lega hati pakcik bila tahu 3 orang tu hidup senang. Kalau dorang tinggal dengab pakcik mesti dorang tak bahagia " wajah Qarl berona merah menahan sebak.

" Kekayaan tu tak jamin kebahagiaan "

Qarl menoleh. Aryan tersenyum nipis.

" Pakcik mungkin ingat anak pakcik bahagia, tapi pakcik tak tau mungkin dorang dekat sana hari-hari tahan diri untuk nangis sebab rindukan ayah dorang, pakcik tak tau layanan ayah tiri dorang macam mana, layanan mak dorang macam mana. Pakcik tak tau apa yang dorang lalui dalam hidup dorang. Kebahagiaan sebenar bukan duit pakcik, kalau kita rasa bahagia sebab kita berduit, tu bukan bahagia, tu kepuasan. Puas sebab dapat penuhkan nafsu kita.  Bukan sebab kita sebenarnya bahagia " ujar Aryan panjang lebar. Dirinya sudah kembali tenang seperti tadi.  Mungkin sebab dia sudah luahkan segala yang dia pendam selama ini.

" Jadi Aryan, apa definisi bahagia bagi kamu? " Soal Qarl. Senyumanya tadi sudah hilang entah kemana. Kalini, giliran Aryan pula yang tersenyum.

" Bahagia tu simple, kita akan rasa bahagia kalau orang yang kita sayang ada dengan kita.  Kita akan rasa bahagia kalau kita hidup dengan kejujuran, kita akan rasa bahagia kalau kita bersyukur. Duit, harta, semua tu hanya bonus sahaja. Bayangkan kita banyak duit, tapi orang sekeliling kita selalu ambil kesempatan, berkawan sebab harta, nama, pangkat. Tanya balik diri kita, kita bahagia sebab kita memang bahagia atau kita bahagia sebab kita dapat perhatian orang? Perhatian palsu, perhatian yang bermuka-muka " balas Aryan. Qarl terkedu.

" Jadi kamu bahagia tak sekarang? " Soal Qarl lagi.

Aryan terdiam.

Lama dia mendiamkan diri.

" Tak, saya belum jumpa kebahagiaan saya lagi. Saya masih hidup dalam penipuan " jawabnya sebelum mengeluh kecil.

Qarl tersenyum.

" Seronok berbual dengan kamu Aryan. Nampaknya pakcik kena pergi dulu. Isteri dah panggil tu. Tapi jangan risau, you'll find your happiness. Soon. Bye, jumpa lagi " ujar Qarl sebelum meninggalkan Aryan disitu.

Aryan sekadar memandang pemergian ayah kandungnya. Perlahan, cairan hangat mengalir di pipinya.

' Your son is suffering from pain, ayah '



" Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to mummy Aireen, happy birthday to you " Aireena meniup kek yang dipegang oleh Afiya.

" Mummy I dah tua lah " usik Afiya.

Aireena mencubit lembut anaknya.

" Mummy baru 43 tahun lah " ujarnya kasar. Afiya tertawa lucu.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now