chapter 40

2.3K 395 116
                                    

Aryan merenung suasana indah langit yang ditaburi bintang-bintang bercaya. Bibirnya mengukir senyuman kelat. Telefon bimbitnya dikeluarkan sebelum gambar Aria ditatapnya penuh kasih sayang.

Selama dia bersama dengan gadis itu, jujur dia cakap hari-harinya dihiasi perasaan bahagia. Aria selalu melayanya dengan baik, memberi ruang untuknya bertenang, selalu mengingatkanya untuk makan, selalu mengajaknya untuk belajar bersama. Aria tidak senang merajuk, tidak selqlu meminta itu ini. Bukan macam semua perempuan yang dia jumpa sebelum ini, yang hanya mau dia kerana rupa paras, kerana fame, kerana harta.

' will you still be able to accept me after this Aria Natasya? '

" Fikir Aria ke bang " serentak, Aryan menoleh ke belakang. Susuk tubuh seorang lelaki menyapa penglihatanya. Melihat orang itu, aryan mendengus kasar.

" Kau buat apa dalam bilik aku?! "

Mendengar nada suara Aryan, Fahmi tersenyum sinis.

" Kau nampak stress, apa yang bermain dekat fikiran kau? " Soal fahmi sambil merapatkan diri dengan Aryan.

" Bukan masalah kau " jawab Aryan sebelum masuk ke dalam bilik. Fahmi hanya mengikut lelaki itu bersama senyuman sinis di bibir.

" Kau tau aku — "

" Argh mama !! "

Kata-kata Fahmi terhenti apabila mendengar jeritan seseorang. Aryan yang turut mendengar jeritan itu cepat-cepat keluar dari biliknya dan menuju ke bilik belajar mereka. Dari luar, dia boleh dengar suara Arif menjerit kesakitan. Air liur ditelan.

" Fahmi, kau masuk bilik aku sekarang " arah Aryan. Fahmi yang kaku mendengar jeritan Arif tersentak namun tidak bergerak. Aryan mendengus kasar sebelum menolak fahmi supaya pergi dari kawasan itu. Habislah kalau mamanya nampak fahmi, nanti dengan fahmi sekali jadi mangsa mereka.

Aryan kembali menuju ke bilik belajar sebelum seseorang memegang bahunya. Afiq dengan riak wajah pucat menggeleng. Mengisyaratkan Aryan supaya tidak pergi ke sana. Aryan menepis tangan Afiq sebelum kembali menyambung langkahnya ke bilik belajar.

Pintu ditolak dari luar sebelum matanya memandang Datin Amira yang memegang tali pinggang kulit tebal bewarna hitam. Arif pula terduduk di bawah sambil wajahnya kemerahan menahan sakit. Dato Amir pula dengan tenangnya menghirup kopi di salah sebuah meja sambil menyaksikan anak tirinya itu didera oleh ibunya sendiri.

Aryan mengetap bibir. Matanya tajam memandang datin amira.

" Mama buat apa ni?! " Tengking lelaki itu. Tanganya menggigil menahan geram.

Datin Amira tersenyum sinis sebelum memandang anak sulungnya itu.

" I'm giving a punishment to your brother " jawabnya sebelum berdekah dan mengangkat tangan. Ingin sambung memukul Arif.

Namun belum sempat tanganya jatuh, Aryan terlebih dahulu menahan tangan kurus itu. Tali pinggang diambil sebelum dibaling ketepi. Datin Amira tersentak sebelum matanya memandang ke arah Aryan. Tajam.

" Stop it mama !! " Pujuk Aryan. Perlahan jemari datin amira naik memegang wajah lelaki itu. Jari jemarinya menggigil hebat lalu tanganya diletak pada bahu lelaki itu.

" Anak mama sekarang dah pandai melawan " wajah Aryan diusap. Aryan menutup matanya apabila Datin Amira mencengkam kuat bahunya. Kuku Datin Amira yang panjang ditekan pada bahu Aryan lalu menyebabkan kulit Aryan sedikit koyak.

" Aryan? My son? Dah reti melawan? " Cengkaman datin amira yang semakin kuat membuatkan Aryan secara spontan menolaknya lembut. Aryan menyentuh bahunya yang pedih.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now