chapter 43

2.2K 388 69
                                    

Fahmi berjalan melintasi banggunan-banggunan kosong yang ditinggalkan. Hoodie bewarna hitam menutupi separuh wajahnya. Ditambah pula dengan facemask bewarna hitam. Ini kalau orang nampak mungkin mereka akan menyangka bahawa lelaki ini merupakan penjahat.

Lelaki itu memasukkan tangan ke dalam pocket. Matanya melilau memandang kawasan sekelilingnya yang gelap itu. Sebuah banggunan yang kelihatan agak kukuh di masuknya. Pintu ditutup sebelum facemask dan hoodie nya dibuka. Keluhan berat terlepas keluar dari mulutnya.

Dia melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Beberapa plastik makanan dikeluarkan sebelum ia disuapkan ke dalam mulut lelaki itu. Air mineral diteguk. Spontan, dia memandang ke arah cermin. Wajahnya yang penuh kesan lebam ditilik. Bibirnya diketap. Sudah 5 hari dia melarikan diri daripada wanita itu. Selama ini semua ingat dia telah dihantar ke sabah bersama Rayyan dan Harith namun sebenarnya hanya mereka berdua yang dihantar ke sabah sebaliknya dia diculik dan dikurung di dalam sebuah banggunan syarikat milik datin Amira yang sudah tidak digunakan lagi. Wanita itu telah menipu Rayyan dan Harith dengan mengatakan bahawa Fahmi akan tetap bersekolah di Violette High. Senang betul dia memanipulasikan keadaan. Datin Amira memang seorang yang sangat licik.

" Jauh termenung "

Fahmi tersentak. Suara seorang gadis menyapa gegendang telinganya. Air liur ditelan sebelum perlahan matanya memandang gerangan gadis dibelakangnya itu dengan menggunakan pertolongan cermin.

" Laira ... " Gumam lelaki itu perlahan. Gadis yang bernama Laira itu tersenyum sinis sebelum menghalakan sepucuk pistol ke arah lelaki itu.

" Kenapa kau lari Fahmi? Kau tau kau tak akan dapat lari dari Datin Amira " ujar Laira sinis. Perlahan dia mendekati lelaki itu.

Fahmi mengangkat tangan tanda menyerah. Laira ketawa kecil sebelum mengeluarkan sapu tangan. Sapu tangan itu kemudianya ditekapkan pada wajah Fahmi sebelum lelaki itu jatuh menyembah bumi.

" Haih bodoh betul kau ni. Take him away " Laira menyimpan semula pistolnya sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu.

2 orang lelaki berbadan tegap masuk ke dalam bilik dan mula mengangkat Fahmi. Tiba-tiba..

Buk

Dengan kekuatan yang tersisa, Fahmi menyiku salah seorang dari mereka sebelum orang itu terlangkah ke belakang. Tidak cukup dengan itu Fahmi menumbuk pula jejaka lagi satu yang memegangnya. Lelaki yang tidak bersedia dengan serangan itu memegang hidungnya yang di tumbuk kuat oleh Fahmi.

Baru sahaja lelaki itu mahu melarikan diri, kepalanya tiba-tiba terasa sakit seolah dipukul dari belakang. Pandanganya tiba-tiba kabur dan terus gelap.

Laira membaling panci yang digunakan olehnya untuk memukul kepala Fahmi tadi. Bibirnya tidak lekang dari senyuman yang sinis.

" Haih lembab betul la dua lelaki gemuk ni. Dah angkat dia " marah Laira kepada 2 orang lelaki tadi. Lelaki-lelaki itu menunduk kepadanya sebelum kembali mengangkat Fahmi.

" Degil. Sama macam sepupu tiri kau tu " getus hati Laira sebelum dia kembali melangkah keluar dari banggunan itu.

Aria, Afiya, Anis, Aryan, Afiq dan Arif melangkah ke atas rooftop sekolah sementara Adrian dan Adriana berada di dewan untuk melayan para pelajar yang lain.

Aryan, Afiq dan Arif masing-masing sudah agak bahawa gadis-gadis itu sudah tahu akan rahsia mereka bertiga.

" So, explain everything " ujar Aria sambil tanganya disilangkan ke bahu.

Aryan menatap pandangan mata Aria yang tajam memandangnya.

" There's nothing to explain. Semua yang Aria nampak, semua tu betul " jawab Aryan mendatar. Aria menutup mata. Ingin menstabilkan perasaanya.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now