chapter 04

4K 577 96
                                    

Anis duduk seorang diri di sebuah pondok yang dibina khas sebagai tempat pelajar berehat, berbual dan sebagainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Anis duduk seorang diri di sebuah pondok yang dibina khas sebagai tempat pelajar berehat, berbual dan sebagainya. Sebuah buku tentang sejarah keluarga diraja british berada di tanganya. Dia memang berminat tentang sejarah keluarga diraja british. 

Tiba-tiba seseorang duduk di hadapanya. Kepalanya diletakkan di atas meja. Mencuba untuk menyembunyikan wajahnya. Posisinya sekarang seperti orang yang pura-pura tidur.

Anis memandang lelaki itu pelik. Matanya dikelipkan beberapa kali.

" kau dah kenapa " tegur anis hairan.

" diam " balas ariff mendatar.

Anis membuat muka menyampah. Acahnya. Dah duduk sini lepastu suruh orang diam.

" psst anis, kau nampak tak perempuan pelik tu " tegur ariff dalam posisi yang sama.

" perempuan pelik mana? " balas anis hairan.

" ish myra tu lah " balas ariff kasar.

anis memandang sekelilingnya. Susuk tubuh pelajar tingkatan 4 yang dimaksudkan oleh ariff itu dicari. baru sahaja beberapa saat dia mencari, dia sudah menangkap figura perempuan itu. tapi ada sesuatu yang tak kena..

" perempuan tu tengah on her way pergi sini " ujar anis lalu menutup bukunya. dia bergegas berdiri mahu meninggalkan tempat itu.

baru sahaja dia ingin melangkah, dia terasa tanganya digenggam.

*pang

anis tersentak, dia memegang pipinya yang terasa pedih. perempuan ni, baru je tampar aku ke ?

ariff terkejut melihat anis yang baru sahaja ditampar oleh perempuan yang dia gelar pelik itu.

" what the f is wrong with you ?! " tengking anis. mukanya berubah merah menahan geram.

" apa masalah kau duduk dengan boyfriend aku hah ?! " teriak myra dalam nada yang sama .

kejadian itu menarik perhatian pelajar lain. ramai yang berkumpul mengelilingi mereka. ingin melihat drama percuma lah kan.

" bila masa aku jadi boyfriend kau ? " suara itu membuatkan gadis bernama myra itu menoleh memandang ariff.

" a-apa maksud you ? " myra sudah tergagap-gagap apabila menerima pandangan tajam milik ariff.

ariff melangkah perlahan mendekati myra. jarak mereka hanya tinggal beberapa inc sahaja lagi.

*pang

Semua yang melihat kejadian itu terkejut. Suasana menjadi senyap. Langsung tiada siapa yang berani membuka mulut ketika itu.

Myra memegang pipinya yang terasa pedih. bibirnya berdarah. Air matanya mula bergenang. bila-bila masa sahaja akan tumpah.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now