chapter 19

2.6K 415 62
                                    

May 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

May 2021

Pen aku lepaskan. Tangan aku regangkan. Mata mengerling ke arah jam dinding. Masa tinggal lagi 20 minit sebelum peperiksaan kimia ini tamat. Masih ada 1 soalan yang aku belum jawab. Selalunya aku akan meninggalkan soalan susah di hujung dan aku akan mengambil masa lebihan untuk mengingat dan memikirkan jawapan yang sesuai.

Entah kenapa, tiba-tiba aku terasa mahu menoleh ke belakang. Mata aku terbuntang apabila melihat 3 pelajar top kelas ini sedang nyenyak tertidur di atas meja. Kertas peperiksaan sudah ditutup dan diletakkan elok pada kanan meja.

Cepatnya dorang siap !!

Aku kembali menoleh ke hadapan. Liur aku telan sebelum aku kembali mencapai pen. Soalan di hadapan aku hadap. Perlahan tangan mula bergerak menulis jawapan yang aku belum yakin betul atau tidak.

" Masa sudah tamat, letakkan pen anda "

Aku melepaskan pen. Nafas aku tarik. Nasib baik sempat siapkan. Aku hulurkan kertas aku kepada cikgu apabila dia sampai di hadapan aku. Dia tersenyum memandang aku sebelum terus berjalan.

" Tahniah, anda semua sudah selesai menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun pada tahun ini. Tapi sayang sekali minggu depan anda tidak akan cuti " ucap cikgu rose. Cikgu rose ialah cikgu subject kimia kami.

Serentak semua pelajar di dalam kelas mengeluh malas. Kami semua bersama kelas 5 Fulvous akan mengikuti aktiviti perkhemahan bersama pelajar dari Dahlia Highschool.

Dahlia highschool.

Bukan calang-calang sekolah. Dahlia Highschool ialah sekolah swasta ketiga selepas Scarlet dan Violette. Dahlia Highschool terkenal dengan pelajar nya yang sopan. Setiap kali ada lawatan ke sana, pelajar dahlia akan melayan setiap pelawat dengan baik.

Dahlia highschool juga terkenal kerana selalu membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah orang tua yang ditinggalkan anak, mereka juga selalu membuat kerja amal seperti mengutip duit kutipan dan duit itu akan digunakan untuk menolong para gelandangan di tepi jalan. Setiap kali pelajar di sana mengalami kemalangan seperti kematian ibu bapa atau masalah kewangan, pelajar dahlia highschool akan menolong dengan membuat kutipan juga.

Menakjubkan bukan? Sejujurnya aku sangat kagum dengan pengetua sekolah mereka. Macam mana dia boleh mendidik anak muridnya menjadi sesopan dan semulia itu. She's just, unbelievable.

She? Ya pengetua mereka ialah seorang perempuan. Dira Natasha namanya. Seorang yang cantik, lembut, ayu je bila bercakap. Sama macam author. Hiks.

Perkhemahan minggu depan akan diadakan di sebuah kampung pedalaman. Kampung Mayar atau lebih sedap lagi the Mayar Village. Dalam arabic, nama Mayar bermaksud " glow of the moon " . Dan kampung itu diberikan nama mayar village kerana kononya kampung itu tidak pernah gelap kerana cahaya bulan sentiasa menerangi kampung itu pada waktu malam.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now