chapter 41

2.3K 398 69
                                    

October 2022.

Bulan ini merupakan bulan terakhir bagi Aria, Afiya dan Anis berada di violette high sebelum dihantar semula ke scarlets high untuk mengambil peperiksaan spm.

Aria melepaskan keluhan kesal. Sudah sebulan mereka menyiasat tentang rahsia the trios namun sampai sekarang mereka masih belum menjumpai apa-apa bukti yang menguatkan theory bahawa 3 pelajar itu dikawal oleh Datin Amira dan Dato Amir. Fahmi, Rayyan dan Harith pula sudah pindah entah kemana. Pindah mendadak pula tu.

Satu sekolah kecoh kerana 3 pelajar itu tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak datang ke sekolah. Rupanya, mereka bertiga telah diterima untuk bertukar dengan pelajar dari sabah. Boleh tahan juga lah, baru sahaja berapa minggu di violette, terus dipindahkan ke sabah.

Aryan, Afiq dan Arif pula makin lama makin serious dalam pembelajaran. Sejak kejadian dimana Aria, Afiya dan Anis masuk ke dalam bilik khas tempoh hari, Dato Amir sudah menolak untuk memberikan kertas soalan bocor kepada mereka bertiga. Teruk juga 3 lelaki itu didera oleh Dato Amir. Dan sejak kejadian itu jugalah, Datin Amira berhenti mendera mereka. Bukan sahaja berhenti mendera, bercakap sama mereka pun dia tidak mahu.

" Bila kau balik scarlets? " Soal Afiq kepada Afiya.

" Minggu ni rasanya minggu last aku dekat sini " jawab Afiya. Afiq mengangguk faham.

" Tak silap aku khamis ni pengetua nak buat majlis perpisahan untuk korang. Maklumlah, dah banyak berjasa " celah Adrian pula. Afiya, Anis dan Aria tersengih.

" Ada theme kan? "

" Ada, theme dia the Royals Violette. Basically kita semua kena dress up macam royal " Adriana menjawab dengan semangat.

" Ah and kita kena berpartner " tambah Adrian.

" Ni dah macam prom aku tengok " Aria yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba mencelah. 

" Prom lain lagi " Jawab Aryan. Aria mengangguk faham.

" Since esok lusa kita mungkin busy, petang ni kita shopping nak? " Ajak Afiya. Esok lusa mereka akan sibuk mengemaskan barang memandangkan hari jumaat mereka akan berangkat ke rumah mereka sebelum berpindah ke Violette.

" Boleh juga, esok Adrian dengan Adriana ada meeting pengawas lepas sekolah, lusa pula kita ada perjumpaan wakil pelajar " sokong Afiq.

" Ok petang ni jam 3 kitorang ambil depan rumah "

" Okay cun "




Aria, Afiya dan Anis duduk di coffe table yang disediakan di hadapan rumah mereka sambil menunggu Aryan, Afiq, Arif, Adrian dan Adriana untuk datang mengambil mereka.

" Aku tak puas hati lah, minggu ni minggu last tapi kita tak dapat cungkil pun rahsia dorang " ujar Afiya tidak puas hati.

" Ntahlah, tapi sebenarnya korang tak rasa pelik ke Fahmi, Harith dengan Rayyan tiba-tiba pindah? Ig dia pun dah tak active " Jawab Anis sambil menunjukkan Ig page lelaki itu.

Aria menekan gambar yang terakhir di post.

23 september 2022.

Betul-betul sebulan lepas. Keluhan kecil dilepaskan.

" Aku rasa, kita lupakan je lah dulu pasal ni, baik kita focus dengan spm dulu " cadang Aria. Anis dan Afiya tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri dan menunggu diri mereka untuk diambil.

Setelah menunggu hampir 10 minit, 2 buah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Aria dan Afiya masuk ke dalam kereta pertama manakala Anis masuk ke kereta kedua. 

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now