" menurut aku , cinta itu hasil daripada proses menyukai dan menyayangi . Umpama budak kecil yang mahu beli mainan . Pertama , dia akan tertarik dan suka dengan mainan tersebut . Itu sebab mengapa dia beli . Kedua , setelah lama bermain permainan tersebut , dia akan mula sayang . Tapi ada juga budak yang sudah jemu dengan permainannya . Itu sebab ada yang terus buang . Begitu juga lah dengan orang yang sedang dalam perhubungan [couple] , dah sayang takkan nak buang . Yang sudah sayang dengan pasangannya , pasti enggan melepaskan kerana sudah semakin cinta "
_____
Ini merupakan hari pertama Dita di sekolah barunya . Dia melangkah masuk melalui pagar utama sekolah setelah turun dari van sewa yang ditumpangnya . Walaupun dia terlahir dalam keluarga yang mewah , Dita tetap memilih untuk hidup bersederhana seperti orang biasa . Dalam perjalanan ke kelas , Dita disapa oleh pengetua yang merupakan ibu saudaranya iaitu Puan Asna .
"Dit , sini ".
" ehh aunty . Ada apa ? "
Puan Asna kemudiannya membawa Dita ke ruangan guru untuk memperkenalkan Dita kepada guru kelasnya .
" perkenalkan Dita , pelajar baharu yang akan belajar di kelas kamu ", kata Puan Asna kepada Cikgu Arini . Diliriknya Dita dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Kemudian dia tersenyum . Kurang sedap rasanya kalau tidak membalas senyuman dari seseorang , Dita pun menarik hujung bibirnya untuk senyum lebar .
" Dita , mari ke kelas . Cikgu nak perkenalkan kamu dengan rakan-rakan sekelas kamu ", jelas Cikgu Arini .
Setelah sampai di kelas , Cikgu Arini pun langsung mengucapkan salam kepada semua pelajarnya .
" selamat pagi semua ", ucapnya . Dijawab dengan suara-suara garau bercampur lunak daripada pelajar-pelajar yang semakin dewasa . " selamat pagi , cikgu ".
" Angga tidak hadir ? ", tanya Cikgu Arini kepada semua pelajarnya .
" tidak , cikgu ", jawab semua pelajar .
" hari ini kamu semua kedatangan pelajar baru ".
" sila perkenalkan diri kamu ", arah Cikgu Arini .
" hai semua , saya Dita Sandrina. Boleh panggil Dita sahaja ", katanya .Naila kelihatan seperti sedang membisikkan sesuatu kepada Aurora seolah mempunyai muslihat . Dita memandang ke arah Naila yang seolah sedang memperburuk-burukkannya . Dita berfikir bahawa perempuan itu pasti seorang yang bersikap sombong dan suka merendahkan orang lain . Dan itu adalah kenyataan yang benar .
YOU ARE READING
DITA SANDRINA
Genç KurguNO DESCRIPTION YET Nikmat cinta di antara lawan jenis jantina pasti berbeda dengan cinta di antara ahli keluarga . Hal ini kerana cinta pada keluarga memang sudah semula jadi wujud dalam diri kita .