4. MEMORY ii

71 6 0
                                    

Tinggallah Changbin dengan Lee know di dalam bilik MPPp tersebut.

"Changbin.."

"yee Lino hyung"sahut Changbin dengan matanya tertumpu di skrin laptop Bangchan.

"berhenti la taip tuuu.. hyung nak tanya ni.." rengek Lee know sambil menyusun barang medical kedalam peti kecemasan.

"ye nape hyung?"Changbin terus memandang Lee know.

"Kamu rasa anak Madam Hee jin masuk universiti ni tak?"

"Maksud hyung, Han jisung ke?"

"yaa Hannie"

"Entah la hyung, tapi sem sebelum ni dia memang pernah kata yang dia minat course kita..ye la kan.. sampai selalu datang sini dengan alasan nak teman mak dia padahal nak tengok saya dengan Chan hyung buat skrip filem je.."

"yelakan, kamu bertiga kan rapat.. Entah-entah hyung pon dia tak ingat" keluh Lee know,Changbin hanya memandang senyuman di wajah Lee know.

"Jangan la jeles hyung..hyung yang tak join kami..saya rasa dia mesti masih ingat hyung..lagi-lagi masa kita sem 1 yang kes hyung kena marah dengan madam Hee Jin".

"Eh macam mana kamu tau kes tu?"

"kan hyung pernah cerita kat saya" Changbin mengeluh sambil menggelengkan kepalanya lalu sambung menaip apa yang ditugaskan oleh Chan.

"Lagipon dia selalu tanya hyung kat mana dan sebelum terjadi kes tu pon dia selalu tanya ii pasal hyung..macam nama apa.. course apa.."

"Huh?" Lee Know memandang pelik tetapi Changbin hanya fokus memandang laptop.

'dia tau nama aku? Tapi kenapa dia tanya nama aku time tu?'

"Kenapa hyung?"

"Hahaha takde apa apa..cuma memalukan je masa tu..itu pon kalau dia ingat kejadian tu.." kata Lee know sambil tersenyum palsu.

TUJUH BULAN LEPAS......

"kamu ni kenapa Minho?," bergema ruang bilik Madam Hee Jin yang hanya ada mereka berdua sahaja.

"Jalan cerita melalut..perlafasan pon tak jelas apatah lagi nada..macam robot bercakap..setakat lakonan kamu yang baik tak dapat membantu menaikkan markah assignment tau tak..patut la director drama 'not today' tak bagi kamu dialog masa ambil kamu jadi pelakon tambahan dulu.. haih.."keluh Madam Hee Jin.

Lee know hanya menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Pelik saya macam mana kamu boleh jadi anggota MPPp ..haih...saya harap kamu dapat tingkatkan usaha kamu untuk final sem 1 ni ye? kalau tak kamu akan kena repeat sem 1... kamu fahamkan maksud saya? Untuk exam pertengahan sem 1 kalini saya tak dapat la nak bantu kamu..saya terpaksa gagalkan..semoga jadi pengajaran untuk kamu supaya kamu lebih usaha untuk exam penilaian sem 1 okay?"sambung Madam Hee Jin.

"Baik Madam, maafkan saya Madam" ucap Lee Know sambil menunduk hormat.

"Sama-sama"jawabnya.

Lee know berjalan menuju ke pintu bilik Madam Hee Jin untuk melangkah keluar dari bilik tersebut. Semasa membuka pintu Lee know melihat seorang lelaki yang terkejut di luar tepi pintu.

"enn ah"belum sempat lelaki itu bersuara Lee know tanpa ekspresi muka terus melangkah pergi daripada tempat tersebut. Lelaki tersebut hanya mampu memandangnya dari belakang.

*******

Lee know memasuki studio belajar yang kosong dan duduk di antara kerusi disitu. Lee know melentokkan kepalanya di atas meja tersebut.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now