60. KENAPA?

36 5 1
                                    

Keesokkan harinya iaitu hari ahad, hari cuti.

Pukul 11 pagi.

"Eraghhhhhh"

Han tersentak terkejut, rupanya itu suara Lee know yang sedang menggeliat setelah sekian lama menghadap kerja laptopnya itu.

Han yang sedang menyarung pakaiannya oleh kerana dia baru selesai sahaja mandi itu hanya mencuri pandang Lee know sahaja.

Lee know? Dia kan morning person.. semestinya dia awal pagi sudah mandi, siap bagi kucing kolej makan lagi.

Lee know yang meregangkan badannya tadi sambung menaip kerjanya. Walaupun semalam puas kenakan si Harry itu, kerja assignment tetap perlu dikerjakan oleh mereka.

Han duduk di tebing katilnya sambil bermain telefonnya dan ya, dia masih curi curi melihat Lee know.

Sebenarnya, lama juga Lee know tak kacau Han macam biasa. Last mereka berkepit tu pun masa Lee know main tarik Han masuk entah siapa punya bilik haritu.

Entah la, Lee know selalu sibuk, tak macam Lee know yang sebelum ini. Lee know sebelum ni, pantang kalau Han nak kemana mana. Mesti nak ikut, mesti nak kacau..

Bagaikan personal space kau adalah personal space aku juga.

Mungkin sebab Lee know nak uruskan masalah Harry tu kot, tu yang tiada masa dengan Han. Maybe la.....

Tiba tiba Lee know bangun dari duduknya lalu mencapai dompetnya yang berada di almarinya.

"Hyung nak pergi mana?" Spontan Han tanya.

"Nak pergi dewan makan". Jawab Lee know bersahaja.

Han terdiam.

'Selalu dia ajak aku...' terdetik di hatinya.

"Kenapa?" Tanya Lee know.

"Nak ikut". Teragak agak Han.

"Ung" angguk Lee know lalu bermain phonenya yang menandakan yang dia sedang menunggu.

Han pun gelabah mengambil dompetnya dan menggayakan sikit rambutnya lalu melangkah ke Lee know.

"Jom".

Lee know mengangguk, mereka pun keluar bersama setelah sekian beberapa hari tidak keluar bersama..

Selama mereka berjalan ke dewan makan, semua mata tertumpu akan mereka berdua.

Han pelik, kenapa semua memandang mereka berdua seperti ada sesuatu terjadi. Lee know pula hanya sibuk scrolling phone dia sahaja.

Dalam susana diperhatikan, mereka tetap makan disitu seperti tiada berlakunya apa apa. Walaupun Lee know tidak menghiraukan pandangan orang sekelilingnya, akan tetapi Han tidak selesadengan suasana sekarang sebenarnya.

Semasa mereka sedang makan makanan yang dibeli tadi, terdapat sekumpulan pelajar yang sedang makan di sebelah meja mereka, Han pula terdengar suara bisikkan mereka.....

"Betul la, dia nampak menakutkan."

"Setuju! Dia kan pernah buat orang berhenti belajar sebab budak tu tak tahan kena buli dengan dia."

"Tu memang aku pernah dengar, tapi...

... Aku baru tahu dia gunakan kuasa mpp dia tu kalau nak buli orang."

"Kan.. yang rumor tu.. dia acah acah menegakkan keadilan padahal seronok buli orang, ugut orang.. dengarnya dia guna kuasa dia tu untuk sesuka hati masuk bilik pelajar lain."

Han memandang Lee know, Lee know hanya makan seperti tidak mendengarkan apa apa langsung, telinganya seperti automatik tiada pendengaran. Memang tipu la Lee know tak dengar.. Han yang duduk berhsdapannya pun boleh dengar, apatah lagi Lee know.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now