54. TAKTIK

35 4 1
                                    

.
.
.

"*Mana kerja assignment aku?*"
.
.

"* Kerja assignment?*" Kerut kening Harry.

Pelajar dia kelas itu mula berbisik bisik. Dari pandangan mereka, Felix seperti membuli Harry seperti menyuruh Harry menyiapkan kerja assignmentnya.

"* Kenapa dengan kerja assignment kau?*" Tanya Harry lagi.

Hyunjin yang dari Seungmin, Han dan Jeongin di pintu itu datang mendekati Chan, Changbin dan Lee know untuk membisik menyampaikan sesuatu dari Seungmin.

"Kerja hilang?" Tanya Chan dengan nada berbisik ke Hyunjin.

"Diorang pun tak tau kenapa Felix serang Harry, saya pun tak faham." Bisik Hyunjin kembali.

Mereka memandang Harry yang membuat muka innocentnya itu.

"*Kau curi kerja aku.....kan?*" Tergagap Felix.

"*Kejap, apa? Kenapa aku nak curi*". Harry memandang sekelilingnya.

Suasana menjadi riuh.

"Weh Felix, jahatnya kau pergi tuduh Harry macam tu je." Kata suara yang tiba tiba muncul di kalangan budak kelas itu.

"Ye do, kau tak de bukti pun kan?" Sambut lagi seorang.

"Kau saja nak nampakkan Harry jahat kan?" Kata yang lain.

Lee know geram, kenapa budak kelas ni berani sangat ni.

Lee know ingin bangun tetapi ditahan Changbin.

Lee know memandang Changbin dan kerutkan keningnya.

"Tengok sekeliling..."

Lee know, Chan dan Hyunjin memandang orang di dalam kelas itu.

"Semua tak fokus kat Harry dan Felix je..."

Betul apa kata Changbin, mereka tak fokus dekat Harry dan Felix sahaja... Mereka perhatikan mereka berempat juga iaitu Chan, Changbin, Lee know dan Hyunjin.

"Mereka nak tengok yang kita ni akan backup Felix ke atau tak, kalau backup diorang ada point nak jatuhkan kita. So sabar dulu."

Lee know duduk kembali sambil menggertakkan giginya.

Betul juga apa dikatakan Changbin.. Tak ke pelik, setiap kali ada masalah dari Felix, MPPp akan backup Felix kaw kaw. Memang tidak adil la bagi yang lain dari pandangan mereka.

Felix memandang sekelilingnya, budak kelas senior mereka itu sepertinya tidak suka akan kehadiran Felix.

Felix memandang hyung hyungnya, mereka hanya diam tidak berkata apa apa. Felix sebenarnya berani masuk ke kelas itu dan berani berhadapan dengan Harry disebabkan dia ada kawan kawannya yang sentiasa backupnya

Melihat MPPp senyap sahaja, membuatkan budak kelas itu naik kepala.

"Kau tak payah nak play victim Felix, kalau dah suka Harry tu macam macam cara kau nak nampakkan dia jahat."

"Betul weh, kesian la Harry. Dah la dia exchange student."

"Mentang mentang kau dari Australia, lepastu kawan pula dengan MPPp, kau nak naik kepala."

Lee know memandang budak yang bercakap itu. Budak yang bercakap itu terdiam.

"*Aku tak curi la. Aku tahu kau tak sukakan aku, tapi ni bukan cara dia, kau nak tarik orang untuk tak sukakan aku juga kan?*" Ujar Harry.

Felix gelabah, disitu dia terlihat dibenci oleh orang.

Kawan Harry yang exchange students juga tu tergelak kecil melihat Felix yang matanya hampir berair.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now