10. HAI ROOMMATE!

54 7 0
                                    

Felix yang baru selepas mandi duduk terbaring diatas katilnya dengan memakai baju tidur pajama yang sangat comel sambil menghafal dialog.

Tiba- tiba.. *ktak ktak krekkk.. bunyi kunci pintu dibuka

"Alaaa Binn.. kalau kita buat sekarang, tak de lah aku kacau kau dahhh" rengek Wooyoung yang mendahului Changbin kedalam bilik tersebut. Felix daripada terbaring terus duduk..

"Nanti nanti laa Wooyoung.. aku nak rehat jugak" dengus Changbin.

'Changbin hyung? Dia kawan baik roommate baru aku ke??.. Ooo tu yang dia datang..maybe dia nak tolong kemaskan jugak barang roommate' husnuzon Felix di dalam hati.

Wooyoung terus duduk diatas katil yang tidak bercadar itu dan melihat Felix dengan wajah terkejut. Ya.. dia baru sedar kehadiran Felix.

'Roommate aku.. ni la peluang aku kenalkan diri!' semangat Felix di dalam hatinya.

"Haii nama saya Felix! Roommate baru awak!"

Felix hulur tangan ke arah Wooyoung dengan gelabah dan semangat walaupun tangan bergetar. Niatnya hanya ingin rapat dengan roommate.

Wooyoung memandang Changbin yang di hadapan pintu.. Mereka memandang sesama sendiri. Suasana menjadi hening. Wooyoung menahan gelaknya. Changbin mengendahkan Wooyoung dengan menutup pintu bilik dan membuka kasutnya lalu menyusun di dalam bilik tersebut.

'Kenapa dengan mereka?? Aku ada buat salah ke?? Terlalu formal ke aku kenalkan diri?' Felix gelabah.

Felix melihat Changbin membuka jaket hitamnya dengan santai.

Wooyoung menyambut huluran tangan Felix yang dari tadi menunggu untuk berjabat. Dia nak gelak tapi serba salah dengan Felix.

"Oh hai Felix.. nama saya Wooyoung.. tapi em roommate baru awak bukan saya.. roommate baru awak--"

Wooyoung baru ingin menghabiskan ayatnya terus Changbin datang menarik tangan Wooyoung dari pada salaman Felix dan Changbin terus berjabat tangan dengan Felix.

"Saya Seo Changbin, roommate baru awak"

Felix terkejut. Dia teramatlah malu. Dengan muka Changbin yang serius, dia takut sampai rasa nak menangis.

" Ahh saya minta maaf" jawab Felix, matanya sudah berkaca tinggal menitis saja.

"Uish jangan la serius sangat Changbinn, sorry em Felix.. dia penat ni.. dia okay je tu" gelak Wooyoung sambil meleraikan genggaman tangan Changbin dari salaman Felix.

"Sorry.." ucap Changbin sambil meramas rambutnya.

Felix hanya mengangguk sahaja. Changbin pon lalu pergi duduk di meja belajarnya sambil membuka phone.

"Em tak pe la aku pergi dulu la Changbin.. esok free kau roger aku.. bye Felix" ujar Wooyoung.

Changbin hanya membalas dengan anggukan.

Wooyoung melambai tangannya dibalas lambaian Felix sahaja lalu meninggalkan mereka didalam bilik tersebut.

Changbin bangun terus membuka bagasinya lalu mengemas baju ke dalam almari. Felix sambung baring dengan menghafal dialog sambil curi curi pandang Changbin.

- setelah setengah jam

Changbin selesai mengemas barangnya, semuanya disusun dengan teratur..cadar, barang barang diatas meja dan bermacam lagi semuanya segalanya serba hitam dan gelap. Felix pula disebaliknya. Semuanya berwarna pastel dan terang.

Changbin pon membuka bajunya dan mengambil tualanya. Felix terkejut, waww berotot badan Changbin. Changbin memandang Felix, Felix terus mengalihkan pandangannya dengan memandang kertas dialog.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now