9. HORROR

51 8 4
                                    

*
*
*
*

Tiba - tiba...

"ni grup apa?"

Semua di dalam grup 7 memandang ke arah suara tersebut.

"ehh Chan hyung, ni grup 7.." jawab Hyunjin.

"Lahh kamu bertiga lagi" gelak Chan sambil duduk.

"Hyung grup 7 jugak?" gelak Hyunjin,

"Haah, tapi hyung just menumpang je sebab hyung kena uruskan aktiviti" Chan betulkan kedudukan nya lalu memandang sebelahnya.. " ehhh my roommateeee, kita jumpa lagi!" Seungmin hanya gelak malu-malu.

"Macam pelik.. nape grup kita sikit?perempuan pon takde.. pastu semua MPPp lelaki ada kat dalam grup ni.. macam tak adil je" tanya Chan.

"Entah-entah ada orang lari ke grup lain lepas dengar jeritan Lino Hyung" gelak Hyunjin, Lee know memandang tajam kearah Hyunjin. "Okay - okay saya tarik balik" terdiam Hyunjin.

"Okay la tu sikit kan.. senang nak handle..ehh korang dah bincang ke pasal genre kita? Horror kan?" tanya Chan.

"Kami tengah kenal kenal dulu hyung.. baru la senang bincang" gelak Hyunjin.

"Ooo tapi, kan semua MPPp..tak pe la kita sesi kenal kenal start Changbin.." arah Chan.

"Tapi bukan ke orang dah kenal saya?" jawab Changbin dengan muka tak puas hatinya.

"tapi mereka tak tau umur tempat tinggal" gelak Chan.

"yelaa.. Nama saya Changbin, umur 21 sem 2, dari Bora-dong, Yongin-si." Jelas Changbin.

"Kamu pulak" arah Chan ke Felix.

Felix hanya diamkan diri sambil memandang bawah, dia takut sejarah dia di australia akan berulang.. semua menunggu Felix memperkenalkan diri, Felix yang mula berpeluh sambil menggenggam tepi bajunya sedangkan didalam dewan perhimpunan tersebut mempunyai penghawa dingin yang banyak.

"kenapa dia tak bercakap?" Tanya Hyunjin, tangan Felix mula shaking dan tiba tiba Changbin memegang tangan Felix yang sedang menggeletar senyap-senyap tanpa diketahui orang lain,Felix tersentak.

"Nama dia Lee Felix, panggil dia Felix umur 20 sem 1.. kamu datang dari mana?" Jelas Changbin, Felix memandang Changbin dengan wajah terkejut. 'dia tau aku dari luar negara?'

"Apa la hyung ni tanya datang dari mana.. ingat dia duduk kat luar negara ke? tanya la tinggal mana.." gelak Hyunjin, Changbin tidak menghiraukan gelakkan Hyunjin kerana dia hanya fokus dengan keadaan Felix.

"Da-dari Australia" jawab Felix, semua terkejut . tak tau terkejut dengar suaranya yang begitu dalam atau pon tekaan Changbin yang dia asal dari luar negara, Changbin melepaskan tangannya daripada Felix.

"Wahhh australiaaa, hebat gila." teruja Hyunjin.

"Wah suara dia" teruja Han.

"hey man, we're the same. I am from australia too. We are an Aussie gang." Chan menyapanya.

Felix hanya tersenyum gembira dan terkejut dengan respon semuanya.

Sesi kenal-kenal diteruskan setiap orang, Felix fokus untuk mengingati nama semua orang di dalam grup tersebut, Felix curi-curi memandang Changbin yang bermain phonenya, dan secara tiba- tiba Changbin simpan phonenya lalu memandang Felix, Felix gelabah lalu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Okay kita dah boleh discuss pasal genre horror tak delah nanti kelam kabut sebab jadual MDS kita memenatkan nanti boleh santai-santai" arah Chan,

"Apa kata kita bercerita kisah seram? mana tau dari situ kita dapat idea?" Cadang Han.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now