8.MDS

51 7 0
                                    

"Nampaknya aku memang takde roommate la agaknya.."

Felix yang sedang baring terlentang diatas katilnya bangun dan melihat persekitarannya yang kemas lalu pergi kearah almarinya. Dia membuka almarinya dan touch up foundation cream kat mukanya bagi menutup freckles semula jadi di mukanya.

'lagi 10 minit ni.. baik aku pergi dewan perhimpunan cepat-cepat.' dia menutup balik almarinya dan melangkah keluar lalu mengunci pintu bilik tersebut.

Felix melangkah dengan cepat dan dia melihat pintu lif sudah terbuka dari jauh, dengan muka gembiranya dia berlari ke lif semasa ingin memasuki lif dia terserempak dengan seseorang dan terlanggarnya.

"ah maaf" tunduk Felix kepada lelaki bertopi dengan pakaian serba hitam itu.

"Tak pe" lelaki tersebut berlalu pergi meninggalkan Felix dengan bagasinya.

'Baru sampai? lambatnya dia daftar.' felix menuruni tangga dengan laju.

*******

Sesampai sahaja di dewan perhimpunan,

'Ramainya orang..' Felix melihat sekelilingnya, ramai student yang sedang duduk berkelompok di atas lantai dewan tersebut. Felix yang kekok itu langsung pergi ke sudut dewan, jauh dari student lain. Dia pon duduk bersila sambil menunggu mulanya acara MDS tersebut. Felix dah biasa duduk seorang diri jadi dia tak kisah jika dia tidak mempunyai kawan.

Tinggg

Felix tersentak apabila mendengar desingan bunyi mic yang baru dipasang. Felix melihat di atas pentas, dia melihat dua pelajar yang sedang berdiri sambil memegang mic.

keadaan di dalam dewan mula riuh..

"wahhh hensemnyaaa"

"cantik gila perempuan tuu"

"sepadan la mereka berdua"

Felix hanya diam dan terpegun dengan visual pasangan mc tersebut.

"Okay-okay senyap semua~ ehem .. Yang dihormati Tuan Profesor Jay Park, pengerusi MPPp,barisan anggota MPPp, pelajar sem 2 yang menyertai MDS dan new students.Selamat datang ke KNUA kepada semua new student perfileman dan juga seni lukis, walaupon pelajar seni lukis akan bersama kita sekejap sahaja saya harap semua student dapat beri kerjasama kepada pihak MPPp. Sebab apa student seni lukis ada dekat sini ya Yeji?" tanya Hyunjin kepada partner MC nya.

"Sebab pihak MPPsl ada urusan yang mendadak la Hyunjin.. walaupon sekejap sahaja,student seni lukis dapat berkongsi pengalaman dengan student perfileman..betul tak student seni lukis?~" jelas Yeji.

"BETULLL" riuh satu dewan.

"Huwaaa sportingnya student seni lukis" ucap Yeji.

"Okay semua,Saya Hyunjin."

"Dan saya Yeji."

"kami akan menjadi MC untuk majlis pembukaan untuk hari ini, kita akan mulakan acara kita ini dengan ucapan dan juga perasmian daripada Tuan Profesor Jay Park. Semua diminta memberi perhatian ya." arah Hyunjin.

Tuan Profesor Jay Park pon bangun dan memberikan ucapan.

Felix fokus mendengar ucapan Tuan Profesor Jay Park. Tiba-tiba dia menyedari ada orang duduk betul-betul disebelahnya sampai lutut belah kirinya berlaga dengan lutut belah kanan orang itu. Felix memandang orang tersebut, orang tersebut adalah lelaki bertopi yang mengenakan pakaian serba hitam yang dilanggarnya tadi. Lelaki tersebut terus fokus mendengar ucapan yang diberi. Lelaki tersebut sedar dirinya diperhati lalu dia memandang Felix. Mereka bertentangan mata.Felix terus mengalihkan pandangannya kedepan. Felix takut akibat dia melanggar lelaki tersebut, dia ingin membuli Felix.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now