43. PENAT

35 6 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









.
.
.
.
.
.

Felix baru sahaja habis mengemas biliknya. Iya la, esok Changbin sudah kembali duduk semula di bilik itu. Felix terlampau teruja sampai mengemas tanpa meninggalkan secebis habuk.

Felix duduk di katil, dia membuka phonenya.

"Dah pukul 11 dah? Lama juga aku kemas." Bangga Felix.

Felix pun melihat group kelasnya. Dan ya, dia baru membuka video fitnah tentang Changbin, Lee know, Chan dan Hyunjin itu. Yang nampak terserlah di dalam video itu ialah Changbin. Dia juga melihat Han, Seungmin cuba mempertahankan hyung hyung nya di dalam group kelasnya itu.

" Uish ni kalau ayah Changbin tahu ni..."

Felix teringat akan yang Changbin ditampar ayahnya tentang kes kecurian.

'Changbin hyung......

Macam mana la keadaan Changbin hyung, mesti dia serabut...'

*Kcakk kcakkk

Tombol pintu bilik Felix bergoncang seperti ada orang ingin memasuki tetapi biliknya dari awal berkunci. (Atas arahan Lee know).

"Kejappp". Felix berlari ingin buka pintu.

Apabila buka sahaja pintu...

Tubuh badan seseorang yang penuh dengan bau arak terus menerpa ke Felix, Felix menyambutnya dengan gelabah. Yang pastinya amat berat.

"Changbin hyung??" Terkejut Felix.

Sepertinya Changbin dalam keadaan mabuk.

"Erghh kuatnya bau arak" Felix membuat muka.

Dia terus menutup pintu supaya tiada orang nampak kelibat Changbin yang sepatutnya tidak boleh berada di blok kediaman itu.

"Bukan ke esok hyung baru boleh datang sini?" Tanya Felix.

Changbin hanya diam di dakapan Felix.

"Hyung macam mana boleh datang sini??" Tanya lagi Felix.

"Pintu nak ke atap dah tak boleh buka." Kata Changbin.

"Hah? Atap?" Pelik Felix.

Oh Felix lupa, sebelum ni Changbin pernah cakap yang Changbin kalau ada masalah, dia akan naik ke atap bangunan ni.

"Hyung okay?" Tanya Felix.

Mesti Changbin dah dapat tahu tentang video fitnah tu. Changbin dah la terkenal. Mesti dia susah.. dengan situasi sekarang ni juga.

Changbin tiba tiba melepaskan dakapan itu dan berdiri dengan betul. Dia mengurut sendiri dahi kepalanya.

"Macam mana kalau ayah tahu pasal video tu?" Kata Changbin dengan tiba tiba.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now