3.MEMORY

69 6 2
                                    

Suasana bilik MPPp kembali sunyi kerana masing-masing menjalan tugas masing-masing.. Bang chan dengan menulis skrip pembukaan majlis MDS , Lee know pula sedang membelek peti kecemasan manakala Changbin sedang menaip jadual MDS di laptop yang bakal diadakan sekejap lagi.

"Hey Changbin"

"Ye Chan hyung.."

"Hyung nak tanya ni..jangan terasa pulak"

"Saya minta putus dekat Chaeyeon sebab dia dapat tau saya minat orang lain."keluh Changbin.

"huish cepat betul tangkap apa yang nak ditanya..hyung tak tanya pon lagi dah jawab"

Changbin hanya tersenyum palsu sambil memandang laptop yang dihadapannya. Chan dan Lee know memandang Changbin dengan penuh tanda tanya.

"Tapi kamu masih pakai gelang manik tu.."tanya Lee know sambil muncungnya menunjukkan ke gelang manik yang dipakai Changbin.

Gelang manik tersebut dibuat sendiri oleh 'ex' nya itu iaitu Chaeyeon dan menghadiahkannya khas untuk Changbin semasa mereka bersama dahulu.

"Hyung ingat lagi masa kamu dapat gelang tu dari dia..suka betul kamu dengan gelang tu.. excited betul kamu..tak pernah tak pakai gelang tu" gelak Chan.

"First time kamu tak hilang barang kamu" sakat Lee know.

"Haah jugak ehh" sokong Chan, nak dikatakan si Changbin ni setiap kali di beri apa apa mesti hilang.. bukan barang pemberian je, barang sendiri pon boleh hilang.

"Apa ni hyung" Changbin pasrah disakat hyungnya.

"Mana ada saya tak lepaskan langsung gelang ni..time nak mandi je saya bukak.." jelas Changbin.

"Tapi peliknya..dia yang dapat tau tapi kamu yang minta putus" Chan mengerut keningnya

Changbin mengetap bibirnya.

"Ooo maksudnya kamu main kayu tiga dengan Chaeyeon?" tanya lee know.

"ish apa hyung merepek ni..bukan la"gelak Changbin.

"apa dah jadi sebenarnya?alaaa citer la sikit..." pujuk Chan.

"hmm camni cerita dia..masa hujung sem 1 dulu saya dengan Chaeyeon makan kat cafe sebab dia ajak..so saya ikut je la pastu.."

Flashback on....

"Dah lama tak makan dengan awak..awak asyik busy je..thanks tau spend time ngn saya" kata Chaeyeon sambil menyambut roti yang dibuka oleh Changbin.

"ya thank you" senyum Changbin dengan hanya fokus memakan rotinya .

Mereka duduk berhadapan satu sama lain di cafe universiti yang hanya mempunyai dua tiga pelajar sahaja. Chaeyeon mengeluh kerana rasa diabai oleh Changbin.

"em awak..nak fon kejap boleh tak?" sambil tunjuk kearah telefon Changbin yang terletak di atas meja cafe tersebut.

Changbin hanya mengangguk senyum sambil menyedut air kotaknya.

Chaeyeon mengambil telefon Changbin dan membeleknya.Changbin hanya makan sambil memandang persekitarannya.

beberapa saat kemudian..

"awak..kenapa ada kak Chaeng kat gallery awak?" Chaeyeon hanya mengetap bibirnya menahan kesedihan.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now