33. PENYELAMAT SAYA II

30 8 7
                                    

.
.
.
.
.
Sekarang ni diorang berdua iaitu Changbin dengan Felix sudah pun keluar dari universiti. Felix dah tanya dah ke Changbin, mereka mahu ke mana akan tetapi Changbin hanya membalasnya dengan senyum sahaja.

Tangan Felix tidak lepas daripada memegang hoodie Changbin walaupun air matanya sudah kering dikesat oleh hoodie itu akan tetapi hoodie itu pula basah dengan air mata Felix.

Tiba tiba Changbin menghentikan kereta di depan kedai burger popular disana.

"Nak burger apa?" Tanya Changbin.

"Tak nak la.." tolak Felix.

"Kenapa? Diet? " Pelik Changbin.

"Bukan... Saya mana ada bawak duit." Jujur Felix, diakan baru sedar daripada pengsan. Dekat dia tiada apa apa pun, dia hanya membawa diri dan kad pelajar sahaja.

"Ada ke hyung tanya tentang duit kamu? Hyung tanya kamu nak burger apa?" Tanya Changbin kembali.

"Em.... Apa apa burger daging la.." teragak agak Felix.

"Kamu tak makan ayam?" Tanya Changbin kembali.

"Makan je.." ujar Felix dibalas anggukkan Changbin.

"Kunci kereta." Arah Changbin.

Changbin terus pergi meninggalkan Felix didalam kereta.

' kenapa la dia layan aku baik sangat..' pelik Felix sambil memandang permandangan luar kereta lalu terlelap.

Semasa Changbin ingin memasuki kedai burger itu dia melihat ada kedai buku, dia tersenyum lalu pergi ke kedai buku sebelum memasuki kedai burger.

Tidak lama kemudian, Felix tersedar dari lelapnya apabila terdengar bunyi ketukan pintu kereta itu. Rupanya Changbin.

Gelabah Felix dengan lajunya membuka kunci pintu kereta itu.

"Lamanya bukakan pintu.." gelak Changbin.

"Sorry saya tertido." Jujur Felix.

"Tak pe.." Changbin meletakkan plastik plastik makannya tadi ke tempat duduk belakang.

Changbin menyambung memandu semula.

'Akhirnya balik juga' lega Felix didalam hatinya.

Dalam beberapa minit Changbin memasuki kawasan perumahan yang agak mewah. Felix sudah mula pelik.

"Kita nak pergi mana ni hyung?" Felix tidak sedap hati.

"Dah sampai dah.." senyum Changbin dengan menghentikan kereta betul betul dihadapan satu rumah disitu.

Changbin memicit remote ditangannya dan pintu pagar rumah itu terbuka.

"Rumah hyung ke???" Tanya Felix terkejut dibalas anggukkan Changbin.

Changbin meletakkan keretanya di dalam pagar rumah lalu menutupkan kembali pagar rumah untuk keselamatan.

"Jom jom". Changbin pun keluar daripada kereta itu diikuti Felix yang masih terpinga pinga.

Macam mana seorang student ada rumah yang secantik ini. Dengan ada kolam ikan di luar rumahnya itu, meja batu yang nyaman, pokok pokok yang hijau penambah seri di laman rumah itu. Tidak nampak seperti rumah seorang bujang.

Felix menunggu Changbin yang sedang mengambil barang di kereta itu. Felix mempelawakan dirinya untuk membantu Changbin memandangkan Felix hanya memegang hoodie yang dipenuhi air matanya itu.

"Tak pe, hyung bawakan." Senyum Changbin lalu dia melangkah kearah pintu rumahnya untuk membuka kunci rumah itu.

Felix tidak mengikuti Changbin terus, dia pergi ke kolam ikan di luar rumah itu. Cantik ikan di kolam itu, berwarna warni.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now