25. TERIMA KASIH HYUNG

29 6 0
                                    

.
.
Di pagi yang cerah, suasana di tempat perkhemahan agak meriah seperti tiada apa apa berlaku semalam walaupun agak riuh juga la kes kehilangan Felix, semua student sedang membuat aktiviti bahagian masing masing seperti semalam.

Di tepi sungai terdapat Changbin yang sedang merakam permandangan dalam keadaan duduk.

"Rakam apa tu?"

Datang suara dari belakangnya, rupanya kelibatan Yeonjun yang tersenyum mesra ke arah Changbin. Changbin membalas senyuman itu.

"Rakam untuk assignment, jadikan filem.. tak tau la aku madam tu." Gelak Changbin.

Yeonjun dengan lajunya duduk disebelah Changbin, dia memandang Changbin yang agak tenang walaupun semalam situasi semalam agak pelik. Yeonjun serba salah nak tanya keadaan Changbin.

"Nak tengok!" Yeonjun berusaha nak buat suasana seperti biasa.

Changbin senyum dengan menghela nafas dan menghulurkan phonenya. Yeonjun menyabut telefon milik Changbin dan melihat rakaman yang telah diambil Changbin.

Datang la lagi dua tiga orang kearah Changbin iaitu Chan, Lee know dan ketua pengerusi kokurikulum.

Changbin menunduk hormat dalam keadaan duduk ke mereka.

"Kaki tu macam mana, Changbin?" Tanya ketua pengerusi itu.

"Okay je, boleh go lagi ni" sengih Changbin.

" Tak pe Changbin, nanti turun bukit nanti Chan hyung dukung kamu. Jangan risau la Changbin." Sinis Lee know ke Chan.

"Eh kamu ni Lino..

Lee know gelakkan respon Chan.

Tak pe bin -ah , nanti kami gilir gilir papah kamu" sambung Chan.

"Elleh korang ni" jeling Changbin.

"Tapi kan Yeonjun.. macam mana Felix boleh hilang? Semalam nak tanya tapi kamu panik sangat" tanya pengerusi.

Yeonjun terkejut tiba tiba disoal.

"Haah kan.. bukan ke kena ikat dekat tangan satu sama lain.. macam mana dia boleh hilang?" Chan pelik.

Yeonjun mula gelabah, Changbin tenung kearahnya seperti dia penyebab Felix hilang.

"Ad- ada orang baling benda dari pokok, Felix menjerit pastu entah macam mana tali tu terlepas. Dia pulak lari redah hutan." Yeonjun serba salah.

"Baling?" Chan pelik.

"Entah la orang ke atau korang letak kat atas pokok, saya tak de la check.. saya cuma lari keluar la minta tolong cari Felix." Sambung Yeonjun.

"Kamu tak tau la benda apa tu?" Tanya Lee know.

"Tau, saya tengok sebelum lari." Yakin Yeonjun.

"Apa dia??" Pengerusi ingin tahu.

"Anak patung perempuan usang kena balut dengan kain putih buruk." Jelas Yeonjun.

Semua terdiam.

"Ooo patung tuuu, korang letak jugak ke? Saya ingatkan korang tak letak." Gelak Changbin dibalas tatapan mata semua disitu.

"Eh-" pengerusi pelik tetapi Lee know terlebih dahulu menepuk bahu pengerusi.

"Sorry hyung, saya yang curi curi letak, Felix pulak yang terkena aduuu" sinis Lee know.

"Ooo.. dah agak dah.. tapi sumpah gempak! Seram gila! Patung tu boleh korang guna dalam filem seram korang." Teruja Yeonjun.

"Memang prop filem kami pon." Gelak Lee know.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now