44. TAK SERIK.

32 5 0
                                    

Kelas sudah habis, madam pun sudah pergi keluar dari kelas.

"Nak makan dulu ke.. atau nak pergi pejabat terus?" Tanya Chan yang sedang mengemaskan barangnya.

"Nanti lambat, baik pergi pejabat dulu.. nanti boleh makan dengan tenang." Lee know memberikan pendapat.

Mereka hanya angguk setuju.

"Kamu ikut tak Changbin? " Tanya Chan.

"Dengan demamnya.. rehat je la". Arah Lee know.

"Nanti apa apa information kami bagitau la." Risau Hyunjin.

"Tak pe, bukan teruk pun." Ujar Changbin.

"Kalau macam tu, jom la" ajak Chan sambil menggalaskan begnya.

Semasa mereka berjalan menuju ke pejabat fakulti perfileman, tiba tiba mereka terserempak dengan Felix. Bukan terserempak la, lebih betulnya Felix yang menunggu mereka.

"Hey Felix, tak pergi makan ke?" Tanya Chan.

Felix menggelengkan kepalanya.

"Eh kenapa tak pergi makan?" Hyunjin risau.

"Emm.. saya nak ikut Chan hyung pergi pejabat. Boleh tak?" Serba salah Felix.

"Eh jom la, kitorang pun ikut Chan hyung. Nanti boleh makan sama sama." Senyum Hyunjin.

"Terima kasih ". Senyum Felix gembira

Semua tersenyum melihat Felix yang malu malu itu.

"Tapi... Mana Changbin hyung? Dia tak ikut ke?" Teragak agak Felix.

Mereka serentak menoleh kebelakang.

"Eh tadi dia kat belakang aku?" Hyunjin pelik.

"Dia pergi tandas kot, nanti ada la tu". Ujar Lee know yang memahami situasi itu.

"Jom jom, nanti lambat makan." Ajak Chan yang juga faham situasi itu.

Situasi dimana Changbin larikan diri daripada Felix oleh kerana malu bersemuka dengannya.

Mereka pun melangkah pergi tanpa menunggu Changbin.

Changbin mengintai dari disebalik pintu tandas melihat pemergian mereka.

Dia menghembus nafas lega.

'Eh kenapa aku menyorok??? Benda boleh je aku buat buat tak ingat tentang semalam' bisik hati Changbin sambil menepuk kepalanya sendiri.

"Uish terkejut aku, kau apahal ada dekat sini?" Tersentak terkejut Ryujin.

"Eh apa masalahnya aku ada kat sini. Ni fakulti aku juga." Pelik Changbin.

"Masalahnya ni tandas perempuan ". Dengus Ryujin.

Changbin melihat simbol pintu itu. Betul kata Ryujin, tu tandas perempuan.

"Kau pervert eh? Suka intai perempuan." Tuduh Ryujin sambil gelak.

"Eh aku cuma silap masuk je, lagipun bukan aku masuk betul betul pun." Jeling Changbin.

"Dan lagi satu, aku lagi tua so hormat sikit.. aku kau, aku kau". Jeling Changbin lalu meninggalkan Ryujin.

"Cehh cover malu la tu." Gelak Ryujin dan terus memasuki tandas itu.

*******

Pintu pejabat sudah ada di hadapan mereka tetapi Felix berhenti melangkah.

"Kenapa Felix?" Tanya Hyunjin sambil merangkul bahu Felix.

Chan dan Lee know hanya memandang ingin tahu ke Felix.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now