32. PENYELAMAT SAYA.

34 7 3
                                    

.
.
.
Changbin sambung meneruskan memandu ke tempat yang ingin ditujunya. Sekarang di dalam kereta hanya ada mereka berdua. Bertambah kaku Felix.

Changbin tiba tiba berhenti di hadapan dewan koperasi di dalam universiti itu.

Felix terpinga pinga.

"Susu coklat ke, susu strawberri? Ke atau jus?" Tanya Changbin.

Ooo Changbin nak beli air ke..

"Tak pe la hyung.." tolak Felix.

"Ooo nak coffee kaw .. kejap ye" Changbin terus membuka pintu kereta.

"Takk tak.. su- susu coklat" gelabah Felix.

Changbin tahu je yang Felix tak gemar dengan kopi, tersenyum Changbin melihat Felix yang naif itu.

"Kejap ye.." Changbin pun turun dari kereta dibalas anggukkan Felix.

Sekarang adalah waktu makan tengah hari iaitu pukul 1, kebanyakkan pelajar baru balik dari kelas dan ada juga baru keluar dari kelas. Jadinya, sekarang ini ramai pelajar dikelilingi universiti.

Felix menyorok kepalanya ke bawah dashboard supaya pelajar yang lalu lalang disitu tidak dapat melihatnya. Dia tak nak dirinya menjadi pusat perhatian. Lagi lagi itukan kereta Changbin, jejaka popular dan kaya.

Changbin memasuki keretanya itu, Felix tersentak terkejut. Yela.. dah kepala dia tu disorokkan, mana nak nampaknya kalau Changbin datang.

Changbin pelik melihat Felix yang sedang menyorok itu, dia menutup pintu kereta itu lalu melihat sekelilingnya itu yang ramai orang, ada juga yang memerhatikan kereta Changbin yang mewah itu. Dia tersenyum.

' Mesti dia tak nak orang nampak dia.' Changbin menahan gelaknya itu.

"Hey, kereta ni ada tinted la, awak buat muka macam mana pun orang takkan nampak." Changbin menahan gelaknya.

Setelah mendengarkan apa yang Changbin cakap terus Felix malu, dia terus mengangkat kepalanya laju laju..

*Bbukkk

Kepalanya terhatuk di dashboard, Felix menahan kesakitannya dengan memegang kepala yang terhantuk itu. Changbin terkejut.

"Kamu okay Yongbok??" Gelabah Changbin mengusap atas tangan Felix oleh kerana tangan Felix menahan kesakitan di kepalanya.

Felix terus mengalihkan tangannya, supaya Changbin dapat usap kepalanya bukan tangannya.

Changbin melihat tingkah Felix itu, dia tersenyum. Changbin mengusap lembut kepala Felix yang benjol sedikit itu.

"Uish benjol" gelak Changbin, Felix pula kaku oleh kerana diusap. Changbin tersenyum melihat gelagat Felix.

Changbin berhenti mengusap Felix, dia mencari sesuatu di dalam plastik barang yang dibelinya tadi. Tiba tiba Changbin mengeluarkan cawan plastik yang berisi ais. Dia memberikan kepada Felix. Felix hanya menyambutnya tanpa berbuat apa apa. Changbin mengambil sesuatu dari belakang, iaitu sapu tangan. Dia melapikkan sapu tangan itu di cawan berisi ais supaya kurang sejuk apabila dipegang.

Felix bingung, apa yang Changbin ingin buat. Felix memandang pelik kearah Changbin.

"Tuam la kepala." Arah Changbin.

Felix tidak faham, dia hanya melihat cawan ais itu. Changbin tersenyum, dia mengambil tangan Felix yang memegang cawan ais itu dan meletakkannya di tempat benjol di kepala Felix itu.

"Ergh sejuk." Tersentak Felix.

"Letak je kat situ, nanti elok la". Arah Changbin dengan senyuman yang tidak lekang itu.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now