19. GELANG

40 6 2
                                    

.
.
.

*Tok tok

"Masukkkkk" suara disebalik pintu memanggilnya.

Felix membuka pintu, terdapat Han, Seungmin, Jeongin dan Chan yang sedang duduk membentuk bulatan.

Felix terkejut telan air liur.

"Kami tak tuang air panas lagi sebab tunggu hyung tau tak" gelak Jeongin.

Felix kaku, tak tau nak cakap apa.. perlu ke dia minta maaf sebab lambat? Tapi tak nampak pelik ke? Dia menyusahkan mereka ke sebab sanggup tunggu sampai tak masak lagi ramyun?

"Kenapa Felix?" Tanya Seungmin.

"Duduk la Felix" Han menepuk tempat duduk sebelahnya.

"Sebab ada hyung ke? Kamu tak selesa ke ada hyung?" Tanya Chan.

"Eh tak tak.." Felix terus duduk di antara Han dan Seungmin.

Mereka pun memulakan aktiviti menuangkan air panas ke dalam ramyun cup termasuk Chan, nak join sekali sebab lapar katanya. Setelah leka sembang berkenaan hal course perfileman, ramyun yang telah direndam mereka itu telah siap untuk dimakan.

Pintu bilik tersebut dibuka tiba tiba.

Terdapat kelibatan Lee know aka Minho dan Hyunjin.

" Huwaaaa tak ajakkk" kiciwa Hyunjin.

"Lahh roommate korang tak ajak ke?" Gelak Chan.

"I.N ajak je.. cuma tak nak kacau la diorang lepak, tapi si lino hyung ni tiba tiba ajak, paksa paksa pulak tu pastu tiba tiba hyung pulak ada" gelak Hyunjin yang terus baring di katil Seungmin yang teramat rapi itu.

Mata Lee know tertumpu kat Han. Han memang ada ajak Lee know tetapi Lee know cakap dia busy tapi tiba tiba muncul nak lepak. Pelik tak?

Lee know duduk diantara Chan dan Han walaupon ruang untuk duduk tu hanya sejengkal. #bilik banyak lagi ruang.

"Eh sempit la lino.. duduk la sana haa" rengek Chan.

"Nak duduk dengan hyung"

Han hanya gelak didalam kesempitan.

"Eh tak pernah pernah pulak kamu ni, ke nak duduk sebe-" Lee know menekan peha Chan menggunakan siku tajamnya itu.

Chan menahan kesakitan dan membuat isyarat bagi ruang kepada Lee know. Dah la Chan baru lepas buat work out peha. Tak guna punya Lee know.

"Kata busy" bisik Han kepada Lee know.

"Dah tak busy dah" Lee know bisik kembali.

"Eh mana Changbin?" Tanya Chan.

Hyunjin dan Lee know hanya mengangkat bahu, mereka pon last jumpa dekat kelas.

Chan memandang Felix memandangkan dia roommate Changbin.

"Changbin hyung kat bilik, time saya nak datang sini dia baru balik, saya dah ajak tapi dia macam tak pe la"

Chan hanya gelak, ditanya satu dijawab beribu. Comel.

Hyunjin dari baring main telefonnya terus meniarap. Katil yang rapi tadi dah menjadi tunggang langgang. Sabar je la Seungmin, nasib baik Hyunjin tu baik dengan dia.

"Seungmin, ambilkan air Chan hyung tu. Dahaga". Arah Hyunjin.

"Eh kamu ni dah la tak malu nak minum air hyung, lepastu minta orang ambilkan. Ambil la sendiri." Gelak Chan.

"Alaaa tolong la Seungminnnn" Hyunjin merengek.

"Ish nah la, bising" geram Seungmin dibalas gelakkan Hyunjin.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now