14. DAY 2 (3.0)

32 7 3
                                    

*
*
*

Sesampai sahaja di bilik unit kesihatan, Changbin mendudukkan Felix di salah satu katil di situ sambil lengan Changbin menahan belakang badannya daripada bersandar.

Felix matanya dari tadi berair dan masih tercungap cungap, Changbin yang melihat keadaan Felix begitu, dia mencari 'sesuatu' didalam semua poket Felix. Tetapi apa yang dia cari tiada. Dia melihat sekeliling, hanya terdapat katil yang lain, kerusi.

Changbin buntu. Dia melihat Felix keadaan semakin teruk. Tercungap cungap sambil menangis. Dia pon dengan pantasnya menutup mulut Felix menggunakan tangannya. Felix yang daripada keadaan teruk tadi terus senyap.

"CHANGBIN!"

Changbin memandang kearah suara tersebut tanpa melepaskan tangan yang sedang menekup di mulut Felix.

Chan dengan lajunya menempis badan Changbin jauh dari Felix.

"Kau nak dia mati ke? Macam mana dia nak bernafas??" Kata Chan dengan nada suaranya tinggi sedikit.

Changbin hanya diam dan matanya hanya memandang kearah Felix.

Chan terus tumpu kan perhatian ke arah Felix.

"Are you okay Felix? Need some water?" Tanya Chan sambil hulurkan air mineral.

Felix mengangguk dengan tangan menggeletar menyambut air yang diberi Chan sambil memandang Changbin.

Felix melihat Changbin yang memandang mereka dengan dingin. Changbin yang perasan yang dia dilihat oleh Felix pun terus keluar daripada bilik tersebut tanpa berkata apa apa.

Dalam masa yang sama semasa Changbin keluar daripada bilik tersebut, Hyunjin memasuki bilik tersebut.

"Hyung, Felix macam mana?" Tanya Hyunjin kepada Changbin.

Changbin tanpa menghiraukan Hyunjin terus berjalan tanpa menjawab apa apa.

"Kenapa dengan dia?" Pelik Hyunjin.

Hyunjin pun masuklah ke dalam bilik tersebut.

"Felix, kamu okay?" Tanya Hyunjin.

Felix hanya mengangguk. Masa tu Felix sudah baring di katil tersebut atas arahan Chan yang mahu Felix merehatkan badan.

"Majlis camne?" Tanya Chan ke Hyunjin.

" Diorang semua tengah lepak lepak, tangkap gambar, makan."

"Ooo"

"Hyung pergi la dewan, biar saya yang hantar Felix ke bilik nanti."

"Tak pe ke?"

"Tak pe, saya okay je hyung..Tapi kan saya nak tanya, kenapa dengan Changbin hyung? Dia palau saya tadi."

Chan senyap sambil memandang Felix yang hanya menunduk.

"Apa yang jadi?" Hyunjin mula tertanya tanya.

"Tak de apa apa yang jadi pon".

"Hyung, bagila tau.. saya tak citer kat sapa sapa"

"Hm, dia terkup mulut Felix tadi. Saya marah.. ye lakan, Felix dah la tadi macam tak sihat.. pastu diterkup.. macam mana dia nak bernafas"

" Tapi Changbin hyung takkan la nak bagi Felix tak bernafas.. Changbin hyung bukan camtu la"

"Chan hyung..." Felix menyampuk perbualan mereka berdua.

"Sa- saya rasa Changbin hyung nak tolong saya, sebab masa dia buat macam tu, saya rasa dari susah nak bernafas tiba tiba rasa okay." Felix hanya tunduk tanpa memandang mereka.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now