17. LAST DAY

32 5 0
                                    

Hari ini adalah hari terakhir mds, dimana hari yang setiap course perlu menunjukkan bisa masing masing. Seperti course perfileman juga, mereka perlu memilih pemenang untuk membentangkan persembahan untuk menjadi tontonan umum. Kesemua lecture datang menghadiri hari terakhir mds tersebut yang berada di dewan besar KNUA.

"Ramainyaa" Seungmin gementar selepas dia mengintai penonton dari pintu belakang pentas.

Seungmin menemani Bang Chan kebelakang stage untuk mengetahui giliran mereka yang keberapa.

"Dah jom" ajak Chan ke arah tempat penonton, mereka hanya perlu duduk di tempat penonton sementara menunggu giliran persembahan mereka.

Chan mencari kelibatan kawan sepasukannya dikhalayak orang ramai oleh kerana mereka telah menjagakan tempat Chan dan Seungmin. Kalau duduk bersama kan lagi mudah untuk bergerak ke belakang pentas.

"Mana diorang duduk ni? Nanti majlis dah nak mula" gelabah Chan.

"Chan hyung, kat sana" Seungmin menunjukkan kearah kawan sepasukannya.

"Uishh tajamnya mata kamu,macam mana kamu boleh nampak" bangga Chan.

"Senang je.. tengok dari segi ketinggian. Jom hyung" ajak Seungmin.

Chan speechless apabila mendengar jawapan spontan Seungmin, tetapi benda tu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Chan terus ikut jejak Seungmin yang sudah jauh melangkah dari dirinya.

Sesampai tempat duduk..

"Kita nombor berapa?" Bisik Han. Sepasukannya memandang kearah Chan yang ingin duduk di kerusi yang dijaga mereka. Mereka teramatlah teruja untuk mempersembahkan hasil titik peluh mereka.

Chan membalasnya dengan menunjukkan empat jarinya yang bermaksud mereka nombor yang ke empat.

"Lepas persembahan course seramik" bisik Chan.

Mereka mengangguk faham.

Dihadapan pentas, Prof. Han Duck-soo iaitu selaku pengarah Korea National University of Arts (KNUA) sedang memberikan ucapan pembuka majlis.

"Pstt Hyung" Hyunjin berbisik kepada Lee know.

"Apa" dibalas bisikan Lee know.

"Bukan ke nombor empat nombor malang?"

"Merepek apa kamu ni? Kepercayaan mana kamu amik ni? Ke kamu masuk cult?"

Hyunjin membeliakkan mata, terkejut.

"Apa hyung ni? Mana ada saya join cult"

"Habis tu?" Lee know smirk.

"Saya er.. tak ingat la dapat tau dari mana.. google kot"

"Padahal join cult". Lee know malas nak layan Hyunjin, dia mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"Mana ada la hyung!"

"Shhh" Chan meletakkan jari telunjuknya di mulut kearah Hyunjin.

Hyunjin menunjukkan telunjuknya kearah Lee know yang duduk disebelahnya dengan muka tak puas hati.

"Dia join cult" Lee know menunjukkan jari telunjuknya ke Hyunjin, dia menyebarkan fitnah ke orang sebelahnya iaitu Han Jisung.

Han hanya terkejut.

"Tak payah percaya si lino tu, dia gurau je" bisik Chan yang duduk sebelah Han.

Hyunjin hanya memegang kepalanya dengan dramatik, pening melayan Lee know hyungnya.

Jeongin yang disebelah Hyunjin itu hanya gelak kecil sahaja.

Sedar sedar pengarah university sudah habis berucap. Mulalah persembahan bagi setiap course bertujuan memberitahu kepada penonton sedikit banyak tentang apa yang dipelajari di dalam course mereka.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now