37. MASIH MENCARI

45 5 0
                                    

Pagi ini di kelas, suasana teramatlah suram. Walaupun mood mereka bertiga iaitu Changbin, Chan dan Lee know tidak baik, mereka masih duduk di meja yang sama. Tetapi walaupun duduk semeja, jarak kerusi antara mereka bertiga agak jauh ya.

Pintu kelas dibuka, terdapat Hyunjin yang suasananya agak gembira dan aman itu memasuki studio kelas mereka.

"HELL...

Hyunjin perasan akan riak wajah Chan dan Changbin yang amat menyeramkan, Lee know pula membuat isyarat mulut 'jalan kacau diorang, duduk sini' sambil menunjukkan kerusi disebelahnya.

...Loo~" sambung Hyunjin dengan perlahan, dia terus duduk di sebelah Lee know dengan rapat.

"Kenapa ni? Diorang gaduh ke??" Bisik Hyunjin.

Lee know mengangguk dengan terpaksa, dia agak serabut oleh kerana dipersalahkan oleh mereka berdua.

"Sebab apa hyung?" Tanya Hyunjin.

"Ish tak de apa apa la, kamu tak perlu tahu." Ujar Lee know.

"Hyung ceritalah, ceritalah." Rengek Hyunjin dengan tidak bersalahnya.

"Kamu ni tak faham situasi ke?" Lee know mengerutkan keningnya,serabut dengan Hyunjin.

"Saya pun nak tahu.. saya kan kawan korang juga." Hyunjin membuat riak wajah sedihnya.

Lee know bagaikan tertusuk mendengarkan apa yang Hyunjin katakan itu.

"...Mungkin kamu berdua tak anggap hyung ni kawan kamu berdua."

Terngiang suara Chan di kepalanya, Lee know mula serba salah dengan Hyunjin.

"Ye la hyung bagitau.." Lee know menghelakan nafas dibalas dengan kegembiraan Hyunjin apabila mendapat gosip dari Lee know hyung tentang sahabatnya sendiri.

Dalam masa yang sama Changbin sedang termenung di situ tanpa menghiraukan Lee know dan Hyunjin itu.

Flashback semalam...

Setelah Lee know dan Chan meninggalkan bilik itu, tinggallah Changbin dan Felix. Changbin anginnya agak tidak baik oleh kerana rancangan dia tidak berjaya disebabkan Lee know dan Chan hyung biarkan Felix pergi keluar seorang diri.

Sekarang pukul 5 pagi lebih, kelas mereka pula pukul 8 dah ada di kelas.

" Hyung okay ke?.." tanya Felix dengan teragak agak, takut pula Felix terkena tempias emosi Changbin itu.

Changbin mengangguk perlahan, Felix menggenggam tangan Changbin.

"Hyung jangan la marahkan Lee know hyung dengan Chan hyung.. manusia kan tak sempurna.. lagipun, saya yang keluar tanpa bagitau Chan hyung sebab saya tak nak kacau dia buat kerja. Saya tak tahu pula hyung ada plan nak pancing orang jahat tu.." pujuk Felix teragak agak.

"Ye Felix, hyung tak marah.." tersenyum lembut Changbin.

"Kamu tak nak tidur? Esok kelas awal." Ujar Changbin lagi.

Felix mengangguk perlahan, Changbin mendudukkan Felix di katil.

" Kunci almari Felix mana? Hyung nak sekejap boleh?" Changbin bertanya dengan lembut.

"Sorry hyung.... Kunci saya dekat atas, sekali dengan phone..." Serba salah Felix, maksud Felix di atas itu adalah bilik Chan.

"Nanti ambil ye? Sekarang tidur dulu.. sekarang kamu ada sejam lebih je nak tidur." Ujar Changbin.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now