38. SUS

34 5 0
                                    

Dipagi yang indah dan tenang di dalam kopi kafe universiti itu, semua pelajar memulakan sarapan pagi dengan ceria tetapi ada satu orang yang masih tidak tenang merenungkan masalah dirinya. Orang itu adalah Changbin.

Dikepalanya masih serabut memikirkan tentang pelaku yang menganiaya dia dan Felix sampaikan sandwish dan air susu kocak coklat di depan matanya pun tidak disentuh.

Changbin sepatutnya ada kelas pagi ini tetapi dia perlu berjumpa dengan seseorang dahulu sebelum ke kelas.

"Oi jauh termenung" sapa seseorang yang terus duduk di hadapannya.

"Oh Dino, baru sampai?" Tersedar Changbin dari lamunannya.

Dino tenungkan akan wajah Changbin.

"Kau okay ke?" Tanya Dino setelah menyedari riak wajak Changbin yang nampak penat itu.

"Ha okay je.. macam mana?" Dengan tiba tibanya Changbin tanya kembali.

Dino mengeluh, geram dengan Changbin yang tidak kisah langsung tentang kesihatan diri Changbin sendiri.

"Nah yang semalam kamu minta tolong aku tu." Ujar Dino sambil menghulurkan pendrive ke arah Changbin.

Changbin membuka laptopnya terus lalu mencucukkan pendrive nya itu ke lubang usb di laptopnya itu.

Dino menggelengkan kepalanya. Malam semalam memang Changbin jumpa Dino dengan alasan kecemasannya itu. Rupanya Changbin hanya suruh Dino periksa balik rakaman cctv yang dirakamnya untuk dilihat lebih terperinci. Changbin meminta pertolongannya dengan bersungguh sungguh dan ingin berjumpa esoknya dalam keadaan terdesaknya itu.

Sebagai kawan baik Changbin, Dino dengan kerelaan hatinya ingin tolong Changbin.

Dino ingin bangun untuk memesan air sementara Changbin check balik rakaman cctv yang telah diubah suai Dino supaya video tu bertambah jelas dan kalau boleh sampaikan boleh zoom material baju pelaku itu. Ye la kan, hasil bantuan pelajar seni reka bentuk robotik.

"Kamu nak pergi mana?" Tanya Changbin.

" Aku nak order la". Jawab Dino, setelah melihat sandwish dan air Changbin tidak disentuh lagi. Boleh dia bersarapan sekali.

"Eh tak payah, aku dah orderkan dah." Ujar Changbin tanpa memandang Dino.

Kebetulan pesanan Changbin untuk dino itu sudah sampai.

"Fresh oren dengan aiskrim coklat?"
Dino buat muka terkejut.

"Sila kan, aku belanja." Selamba Changbin.

"Kau gila ke? Mana masuk fresh oren dengan aiskrim coklat. Kau nak aku sakit perut ke?" Pelik Dino dengan kombinasi yang dipesankan Changbin itu.

"Kan dua dua tu kamu suka? Lagi pun ada je aiskrim perisa gabungan coklat oren." Jawab Changbin tanpa serba salah dibalas dengan muka tidak percaya Dino.

"Apa apa je la". Keluh Dino melihat perangai Changbin yang makin pelik itu sambil minum air jus oren itu sambil makan aiskrim tersebut.

Sedap juga.

"Dapat teka ke siapa tu?" Tanya Dino yang melihat Changbin yang teramatlah fokus di skrin laptop itu.

Berulang kali dimainkan rakaman cctv itu.

Changbin menggelengkan kepalanya. Dino hanya mengangguk faham sahaja. Pelajar dekat blok kediaman Changbin pun dah beratus, mustahil la dapat kenal siapa orang tu dari bentuk tubuh badan.

"Aku syak budak course aku.." ujar Dino dengan santai.

Changbin terdiam sambil memandang Dino, kenapa Dino buat kesimpulan begitu?

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now