58. PENYESALAN

27 4 2
                                    

.
.
.
.
.

"Sebenarnya apa yang jadi semasa saya terjun?"

.
.
.
.

Suasana menjadi hening, semasa Felix terjun itu adalah suasana yang amat genting bagi mereka. Jika saja mereka ada penyakit jantung, mungkin roh mereka laju pergi mendahului Felix sebelum tubuh Felix jejak ke tanah.

Mereka memandang sesama sendiri, mereka seperti serba salah.

"Tak pe, cerita je." Senyum Felix.

Mereka tidak sampai hati melihat Felix yang tertanya tanya itu, mereka pun menceritakan semuanya.
.
.
.
Flashback...

Felix merebahkan tubuhnya terjun daripada bangunan.

Felix pun terjun bangunan itu.

Semua yang berada disitu menjerit histeria.

Tetapi sudah terlambat, Felix sudah pun terjun.

"KETEPII!" jerit Changbin yang keluar dari pintu lalu berlari ke tebing atap itu dengan

tidak teragak agaknya dia terjun...

Niatnya hanya ingin menyambut Felix.

Jeritan histeria mereka bertambah gila apabila melihat Changbin ikut terjun bersama Felix .

Mereka sekarang dalam perjalanan mencecah tanah. Ye la.. bangunan itu tinggi, itu pun kalau jatuh itu mungkin bukan sahaja koma, tetapi..... Faham faham la.

Jeongin menutup mata dan tangannya menutup telinganya dia ketakutan.

"Korang, tolong pegang tali ni" jerit Chan.

Rupanya Changbin bukannya kosong kosong melompat ke arah Felix. Sebenarnya dia memakai prop perfilemannya iaitu tali yang diikat di belakang badan. Tali itu Changbin sudah ikat di tiang tangga di dalam pintu atap, dia sudah siap siap ikat sebelum Felix melompat terjun, walaupun tali sudah diikat kuat, cuma Chan risau benda yang tak diingini terjadi. Jadinya dia menahan tali itu supaya lebih selamat.

Changbin yang terjun itu pula dengan sedaya upayanya ingin mencapai tubuh badan Felix, bagi Changbin dapat capai tangan pun jadi lah. Dan...

..ya, dia dapat mencapai kaki Felix, dia dengan pantasnya menarik badan Felix lalu dia memeluk Felix dengan erat seperti bantal peluk.

Tali yang diikat di belakang badan Changbin pun mulai tegang. Changbin menukarkan posisinya dengan badannya sambil tangan sebelahnya memeluk kepala Felix, mereka terus terhentak lalu terhempas ke dinding bangunan dengan lantunan yang agak kuat.

Lebih tepatnya badan Changbin sahaja terhempas ke dinding disebabkan Changbin sempat menukarkan posisinya itu, dan kepalanya terhantuk ke dinding. Bergegar juga lah kepala Changbin.

Tali itu tidak panjang, jadinya mereka tidak mencapai ke tanah, mereka sekarang sedang tergantung di tengah tengah bangunan.

"Diorang selamat!" jerit Hyunjin dengan mata berairnya.

Jeongin yang sedang menangis itu terus berdiri pergi kearah Hyunjin bersama Seungmin.

"Betul ke??" Han terkejut sambil mengelap air matanya menggunakan lengan bajunya.

"Korang pergi ke tingkap yang dekat dengan mereka. Hyung dengan Lee know tahan tali ni." Arah Chan.

Mereka terus berlari mengikuti arahan Chan.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now