35. HAMPIR!

31 8 5
                                    

.
.
Han baru sahaja habis mandi itu memasuki biliknya. Dia terkejut akan kelibat Lee know yang baring dikatil dengan tenang tanpa menghiraukan Han.

Selalunya jika Han muncul sahaja Lee know akan sibuk untuk kacau Han, Han mahu bernafas dengan tenang pun tidak dapat. Tetapi sekarang ni, dia hanya dapat melihat yang Lee know hyung tidak menghiraukannya langsung. Memandang Han pun tidak apatah lagi bercakap.

Dari tadi Han tidak nampak batang hidung Lee know , kali terakhir nampak Lee know pun semasa Han berbalah tadi bersama Hyunjin dan Felix. Selepas itu dia tidak nampak langsung kelibat hyungnya satu ini. Lee know mahu melarikan diri dari Han ke?

Han pun meletakkan barang mandi lalu duduk di meja belajarnya, Han ingin menyimpan laptopnya itu kedalam beg disebabkan sebelum dia mandi dia menyiapkan assignment tanpa mengemas kembali barangnya, dia juga ingin mempersiapkan barang untuk ke kelas esok supaya tidak kelam kabut di keesokkan harinya.

Dalam masa mempersiapkan barang untuk kelas esok itu, otaknya tidak berhenti berfikir. Lee know marahkan diakah? Lee know mula bencikan diakah? Kalau Lee know pun begini apatah lagi Changbin. Bagaimana jikalau Changbin lebih bencikan dia berbanding Lee know?

Han sudah habis mengemas barangnya, dia pun melihat Lee know yang masih tidak menghiraukannya itu, tanpa dia perasan.. kakinya terpijak lego mainan lalu tersungkur kedepan.

"Erghh". Han menahan kesakitannya.

"Han-ah kenapa ni?"

Han membuka matanya, tanpa sedar Lee know sudah ada betul betul di hadapannya duduk berlutut dengan riak wajah yang risau itu.

Han dengan mata berair menunjukkan lego yang dipijaknya tadi.

"Macam mana ada lego dalam bilik ni??" Lee know mengambil lego itu lalu membaling sekuatnya kearah bahagian ruang Lee know.

"Kamu okay tak?" Lee know masih risaukannya.

Han terus menangis tersedu sedu selepas mendengar perkataan Lee know itu. Tidak sangka Lee know masih mengambil berat tentang dirinya walaupun Han menunjukkan perilaku yang tidak baik.

"Sakit ke??" Gelabah Lee know.

"Sakit..." Menangis Han, tak tahu la kenapa sakit yang sedikit itu rasanya pedih.

Lee know melihat lalu mengusap kaki Han walaupun Lee know tidak tahu dimana sakitnya itu.

"Saya ingatkan hyung jauhkan diri dari saya di-disebabkan saya marah Felix" jelas Han tanpa berhenti menangis.

Sakitnya bukan dikaki tetapi dihati. Luluh hati Lee know melihat Han menangis, hatinya bagai diguris. Dia menjadi tidak sampai hati nak marah dan kecewa dengan Han lagi.

"Mana ada hyung jauhkan diri, hyung ada je ni.. jangan menangis ye?" Pujuk Lee know lalu memeluk Han.

"Changbin hyung mesti tsk tsk tak suka saya? Nanti Changbin hyung jauhkan diri dari saya macam mana?" Han masih tersedu sedu dipelukkan Lee know.

Air muka Lee know terus berubah setelah mendengarkan Han itu, hatinya bagai tertusuk tusuk. Dia yang ada di depan matanya itu apa? Kenapa masih sibuk memikirkan orang lain padahal Lee know sanggup menurunkan egonya untuk memujuk Han, tetapi di kepala Han pula hanya memikirkan perasaan Changbin sahaja.

Lee know mengeluh pasrah, Lee know melepaskan pelukan dengan lembut lalu memandang manik mata han yang dipenuhi air mata itu.

"Jangan risau ye, Changbin tak pernah benci kawan kawan dia. Dia okay je. Bila dah selesai masalah, semua akan menjadi sedia kala macam sebelum sebelum ni. Jangan nangis ye?" Lee know mengusap kepala Han dengan lembut walaupun perasaannya terluka.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now