51. TAKUT

41 5 5
                                    

Seperti yang Felix katakan, pelajar pertukaran itu memang ditempatkan sekelas dengan Changbin, Chan, Lee know dan Hyunjin. Faktor utama disebabkan adanya Chan yang tinggal di Australia. Faktor keduanya, Pihak universiti mahu yang berjawatan Mpp tolong tengokkan diorang selama sebulan ini.

Semua layan pelajar pertukaran itu terutamanya Harry dengan mesra tanpa ada keraguan kecuali Changbin.

Takkan la Changbin nak hasut diorang semua untuk pulaukan exchange students, so biar Changbin seorang sahaja akan berhati hati dengan budak bernama Harry itu.

Lagipun ini pun permintaan Felix untuk tidak memberitahu orang tentang kisah lama  Felix.

"Harry"

"Yes Chan".

Walaupun Harry sebaya dengan Felix, tetapi dia memanggil Chan dengan nama sahaja tanpa panggilan hormat oleh kerana memang budaya mereka seperti itu, Chan pun faham akan budaya di sana.

"* Korang nak ikut makan sekali?*"

Chan tersenyum mesra ke Harry dan kawan pertukaranya sekali. Changbin memandang Chan dengan wajah tidak percaya.

Disitu cuma Changbin yang tahu yang Harry tu siapa sebenarnya.

"* Tak apa ke?*" Teruja Harry.

"*Ya, jom*" ajak Chan gembira.

Changbin melangkah pergi.

"Bin-ah, tak ikut sekali ke?" Pelik Chan.

"Nak tidur dekat bilik Mpp." Ringkas Changbin lalu pergi tanpa menoleh kebelakang.

"Pelik". Kerut Lee know.

Seorang Changbin menolak pelawaan makan? Amat pelik

"Saya duduk dengan Changbin hyung la". Hyunjin mengambil barangnya lalu melangkah laju ke pintu studio.

"Tak makan ke?" Tanya Chan.

"Makan roti." Lari Hyunjin keluar.

"* Sorry kalau buat kawan kau tak selesa.*"

'Serba salah' Harry.

"* Tak ada apa apa la, jom makan*" gelak kecil Chan.

Lee know memandang Harry

mencurigakan.

.
.
.

"Erghhh mengantuk dengar dr. Park membebel tadi."

Han menggeliatkan badannya, berapa jam duduk tidak kemana.

"Ada masalah rumah tangga kot". Ringkas Seungmin.

"Waww menarik." Gelak Jeongin.

Felix hanya diam sahaja, memikirkan tentang Harry.

"Hyung diam je dari tadi". Omel Jeongin.

Felix gelabah, dia tidak mahu kawan kawannya tahu tentang Harry. Kalau mereka tahu, itu seumpama dia menceritakan kisah silamnya.

"Pembunuh"

Felix menelan air liurnya, dia tidak lupa akan pandangan orang sekeliling terhadap dirinya.

"Kau okay tak?" Tanya Seungmin.

"Eh okay, tengah fikir nak makan apa.. lapar". Tipu Felix.

"Kan weh! Lapar gila.. kalau dapat bulgogi dewan makan ni perghhh! Sampai licin aku telan. Lepas makan pula singgah cafe beli americano dengan cheese cake pula tu. Perghh! Memang aku boleh mati dengan tenang lepas tu." Bebel Han.

Ngilu Felix mendengarkan perkataan 'mati' itu.

"Kau nak mati betul betul ke? Nak aku mempermudahkan?" Jeling Seungmin diikuti gelakkan Jeongin.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now