42. TERTANGKAP!

42 7 0
                                    

Di petang itu, habis sahaja kelas.......

"Changbin!"

"Kenapa hyung?" Changbin memandang Lee know sambil menggalas beg.

"Hyung tumpang kamu balik tau." Ujar Lee know.

"Aik? Mana motor hyung?"

"Pagi tadi hyung tumpang Chan hyung."

"Kenapa tak tumpang balik Chan hyung?"

"Dah penuhh".

Chan tumpangkan Seungmin, Felix, Hyunjin dan Jeongin

"Saya pun nak ikut!" Sampuk Han.

"Hm? Kamu tak naik dengan Chan?." Senyum Lee know.

"Takk sebab penuhh" rengek Han sambil membuat muka menyampahnya, yela kereta tu ada Hyunjin dan ..... Felix. Dia bukan tak suka Felix cuma serba salah.

"Okay jom, tak singgah mana mana kan?" Tanya Changbin.

"Tak" serentak mereka.

Harini Changbin agak penat sikit, dari segi mental dan fizikal. Jadi kalau boleh dia nak balik cepat dan rehat oleh sebab esoknya dia dah kembali semula ke blok kediamannya oleh kerana dia sudah tamat tempoh digantung.

Mereka pun pergi memasuki kereta Changbin.
..

Di dalam kereta, semua diam.

Han bermain phone, Changbin fokus membawa kereta. Lee know? Dia hanya termenung........
.
.

Kereta sudah sampai di blok perfileman..

Han pun turun dari kereta dan menutup pintu kereta, dia memandang Lee know yang masih tidak keluar itu.

Tingkap kereta bahagian tempat duduk Lee know pun terbuka.

"Kamu pergi dulu, hyung ada hal dengan Changbin." Senyum Lee know ke Hyunjin.

"Ada hal apa? Kata tak singgah-"

Tingkap ditutup Lee know.

Han terpinga-pinga lalu melambai Changbin dan Lee know. Kereta itu pun pergi menjauh dari perkarangan blok kediaman perfileman....

"Pergi blok kediaman robotik." Arah Lee know.

"Kenapa?"

Lee know hanya memandang Changbin sahaja.

Changbin hanya pelik dan terus memandu. Lee know hanya termenung.
.
.
Flashback..

"Okay lah, kalau kamu tak de apa nak cakap.. tak pe la. Hyung tak paksa..

Lee know memandang mata Soobin.

..... Tapi, benda ni akan berlarutan la." Senyum Lee know sambil menunjukkan hoodie itu dengan niat memancingnya.

Lee know melangkah ke arah pintu.

Soobin seperti serba tak kena.

Lee know baru sahaja ingin membuka pintu.

"Kejap hyung."

Lee know berhenti, dia mengukirkan senyuman menyeramkannya itu.

Lee know menoleh memandang Soobin dengan muka innocent seperti tidak tahu kenapa Soobin memanggilnya.

"Ye?" Tanya Lee know.

"Sebenarnya...."

Soobin seperti takut takut.

"Tak pe hyung tak de nak buat apa apa pun.."

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now