57. SERBA SALAH

36 4 2
                                    

.
.
.
Sebelum datangnya Lee know ke Chan mengenai Felix......

Changbin sedang berjalan kearah biliknya sambil membawa air coklat dan brownies dengan berharap dia dapat melihat kegembiraan Felix.

Sesampai sahaja Changbin di hadapan pintu biliknya itu, dia membukanya dengan perlahan sambil menjenguk kedalam.

"Yongbok?"

Panggilnya sambil masuk ke dalam biliknya itu, dia menutup pintu lalu melihat katil Felix.

Tiada.

"Dia pergi mana?" Pelik Changbin.

Changbin meletakkan air coklat dan brownies di atas meja belajar Felix dan dia melihat telefon Felix elok ada di atas meja itu.

"Dia mandi ke?" Pelik Changbin.

Changbin melihat ke arah barang mandinya, elok tersusun. Itu bermaksud Felix tidak mandi. Mata Changbin tertangkap akan almari Felix yang sepertinya rosak di bahagian tempat kunci.

"Eh sejak bila rosak?" Changbin terus membuka pintu almari Felix itu lalu...

Dia terbeliak matanya terkejut dengan keadaan di dalam almarinya itu.

Barang barang di dalam almari Felix bersepah, baju Felix seperti di gunting gunting, foundation muka Felix di calit calit dimana mana.

"What the fuck? Apa yang jadi ni?" Changbin terkejut besar dengan apa berlaku di dalam almarinya.

Harry ke pelakunya? Tetapi tiada bukti.

Changbin terus membuka telefonnya untuk menelefon Jeongin, mana tahu Felix ada bersamanya.

"Hello?"

"Ye hyung, kenapa call?"

"Nak tanya, Yongbok ada dengan kamu ke?"

"Tak ada la hyung, kami balik dulu tadi.. Felix hyung suruh kami balik dulu.."

"Dia tak balik lagi ke?"

Mata Changbin terkalih memandang sesuatu diatas mejanya.

"Mungkin, cuba hyung tanya Seungmin hyung. Kekadang dia main game dengan Seungmin hyung. Tapi kenapa hyung cari Felix hyung?"

"Tak ada apa apa la, terima kasih la I.N. . Bye"

Changbin terus mematikan panggilannya lalu melangkah laju ke mejanya.

Di mejanya terdapat laptop Felix yang menindih laptopnya itu yang...

Hancur dibelah dua???

"Macam mana..." Changbin terkejut sampaikan tidak terkata.

Di atas laptop Felix ada tertampalnya note kecil. Changbin terus membacanya...

*' Hyung.. saya minta maaf disebabkan saya, laptop hyung rosak. Hyung jual laptop saya ye, lepastu beli laptop baharu. Saya minta maaf, saya memang pembawa malang dekat orang sekeliling saya. Terima kasih hyung jadi kawan terbaik saya dan menjadi hyung kegemaran saya. Terima kasih untuk segalanya.

- Yongbok. '*

Changbin mula kaku, tangannya menggeletar. Dia dapat merasakan firasat buruk.

"Terima kasih untuk segalanya binnie."

Meremang bulu romanya apabila teringat kenangan dahulunya. Kata kata seseorang yang agak serupa dengan Felix.

Dan dia teringatkan kes tentang gelang putus, Felix menoreh tangan di atap disebabkan kejadian itu. Itu baru gelang, kalau dibuli ni....... Dia akan buat apa?

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now