18. A NORMAL DAY

36 6 0
                                    

.
.
.

Di hari yang indah, Felix berjalan bersama kawan sekelasnya iaitu Han,Seungmin dan Jeongin dihari pertama kelas mereka tetapi malangnya...

Mereka sesat .

"Weh betul ke ko ni Han?" Kata Seungmin.

Han gelabah melihat phonenya sambil melihat setiap satu pintu.

"Aku datang kat fakulti perfileman pon pergi bilik MPPp je.. bukannya merayap satu bangunan" Han matanya masih melilau mencari kelasnya.

Felix hanya tergelak kecil melihat gelagat kawan barunya. Jeongin hanya diam melihat kawan kawannya yang tua setahun darinya itu.

"Dah lewat 5 minit dah ni hyung." Ujar Jeongin sambil melihat jam phonenya.

Tiba tiba mereka terserempak dengan Bang Chan dan lain lain yang baru sahaja keluar dari satu pintu salah satu kelas .

"Eh korang tak de kelas ke pagi ni?" Tanya Chan.

"Err sebenarnya kami tak tau kelas kat mana" Han menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lahhh tak cakap, alang alang kelas pagi kami cancel... mari hyung bawakan. Kelas kat studio yang mana?" Pelawa Chan.

Han menghulurkan phonenya yang mempunyai maklumat tentang kelasnya.

Lee know sedang mencuri curi pandang Han, Hyunjin menyibuk melihat juga phone Han yang berada ditangan Chan manakala Changbin hanya melihat phonenya.

Felix curi curi memandang Changbin. Pelik.. seperti tiada apa apa berlaku.. dia ingatkan mereka akan jadi terus rapat selepas sudah mengenal dirinya tetapi .. lain pula jadinya.

'entah entah dia fikir aku gila, tak pun dia ingat aku reka cerita pasal buli tu?'

Felix hanya diam menggigit kukunya.

"Hyung okay tak?" Tanya Jeongin.

"Eh okay"

"Diorang dah jalan dah"

"Eh jom jom"

Mereka pon pergi ke kelas yang dihantar oleh senior mereka itu, walaupon lambat.. mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menghindarkan diri daripada dimarahi Madam mereka iaitu 'kami sesat'.
...

"Okay kelas, itu sahaja tugas pertama. Minggu depan saya nak tengok ya. Dah boleh balik" kata Madam Sunye lalu pergi meninggalkan kelas.

"Erghhhh habis pon 4 jam kelas" Han menggeliatkan badannya.

"Rindu pulak zaman sekolah dulu.. satu subjek pon tak melebihi 1 jam" gelak Jeongin.

"Elleh kamu bukan belajar sangat pon dalam sejam tu" Seungmin memperlekehkan Jeongin.

"Biarlah" gelak Jeongin diikuti gelakkan Felix.

Walaupon baru beberapa hari mereka berkenalan, disebabkan mds mereka boleh menjadi rapat dan selesa seperti dah berkawan lama. (Lelakikan senang buat kawan)

Mereka mengemaskan barang mereka untuk makan tengah hari. Memandangkan kelas petang lambat lagi, mereka tidak perlulah kelam kabut.. santai santai sahaja..

"Korang, malam ni nak tak lepak kat bilik aku? Makan makan ramyun sambil sembang sembang.. nak?" Pelawa Seungmin.

"Tak kacau Chan hyung ke?" Tanya Han.

"Alahh kita bukannya buat parti cucuk langit pon.. kita tak payah la buat bising" hasut Jeongin.

"Betul" setuju Seungmin.

Jeongin memasang muka bangganya. Han hanya membalasnya dengan muka menyampah.

Nasib baik maknae.

"Felix?" Seungmin memandang hairan.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now