28. FELIX..........

34 5 2
                                    

Semenjak tidur itu dari semalam Felix tidak bangun dari tidurnya, Lee know teramatlah risaukan Felix. Semalam Changbin meninggalkan kolej kediaman, keadaan agak huru hara, Felix pula hanya berkurung di biliknya.

Harini hari ahad pun, Felix masih tidak keluar dari bilik. Pintu diketuk, call tak diangkat dan mesej pun tak dibaca.

"Takkan dia tidur dari semalam?" Risau Lee know.

Dia dari lepas Changbin pergi lagi Lee know update tentang Felix ke Changbin. Changbin suruh ambil kunci ganti kat pejabat untuk membuka pintu. Tapi takut nampak pelik pula.. kan baru semalam serahkan kunci. Ye la, Changbin yang terakhir kunci bilik itu dan serah kunci bilik itu ke pejabat. Dia tidak tahu benda ni akan terjadi. Jadi sekarang ini Felix sahaja ada kunci bilik itu.

Mata Lee know terbeliak, entah entah....

* Tonggg tongg tonggg*
Lee know mengetuk pintu bilik Felix dengan kuat sekali.

" Felix bukak Felix!! Jangan sampai hyung robohkan pintu ni!!" Lee know menguatkan suaranya.

"Ehh hyung, pecah pintu tu nanti". Hyunjin menahan Lee know.

Kebetulan Hyunjin, Chan ada lalu di koridor itu. Yang lain sibuk membuat assignment yang tarikh akhir hantarnya esok.

"Felix tak keluar lagi ke?" Risau Chan.

Lee know panik, dia seorang je antara mereka tahu keadaan Felix macam mana.

Flashback...

"Kenapa dengan Felix sebenarnya??"

Changbin tersenyum serba salah, memandangkan Lee know dah terlajak tahu. Terpaksa la ceritakan.

"Felix ada PTSD, Post-traumatic stress disorder. " Jawab Changbin.

"Hah??" Lee know tidak faham.

"Alaa macam bila jadi sesuatu yang hampir sama dengan kisah silam kita tu, kita dapat flashback.. macam trauma la. Nak dikatakan Felix ni dihantui masa silam dia." Changbin mengringkaskannya.

"Oh macam masalah mental health?"

Changbin mengangguk.

"Dia kiranya dirawat la ni?" Tanya Lee know dibalas anggukkan Changbin.

"Kamu suka betul kaji pasal psychology ni..kamu patut jadi doktor pakar la." Gelak Lee know.

"Macam hyung tak tau pula kenapa saya suka kaji benda ni tapi minat perfileman." Changbin tersenyum.

"Oh sebab 'orang tu'.." Lee know tersedar.

"Saya kalau boleh tak nak Felix jadi macam dia.. " keluh Changbin.

Lee know hilang kata kata.

"Hyung .."

"Hm?"

"Boleh tak tengokkan Felix selama saya tiada? Felix tak macam yang lain... Tolong pastikan dia okay hyung...." Sayu Changbin.

"Hyung cuba yang terbaik."

"Terima kasih hyung."

Flashback tamat...

' Tak boleh jadi ni, kalau jadi apa apa kat Felix....'

Lee know bertambah kuat ketukan pintunya. Orang lalu lalang hanya melihat pelik.

"Heyyy Lee know, pecah nanti pintu! Kenapa nak kacau dia? Biar la dia rehat." Larang Chan dengan Hyunjin yang mencuba tahan badan Lee know tetapi apakan daya, Lee know terlalu kuat untuk dihalang.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now