61. BUKTI

33 4 3
                                    

9.00 malam..... Di bilik Chan.

"Semua dah ada, tapi mana Changbin dengan Felix?" Pelik Chan, Lee know memang sudah dimaklumkan petang tadi bahawa dia akan lambat sikit malam ni.

Semua di situ hanya mengangkat bahu tidak tahu oleh kerana Changbin dan Felix bukan bersama mereka dari tadi.

Hyunjin hanya mengeluh apabila mendengarkan nama Felix, dia tadikan kena halau dengan Felix.. siapa je yang tak sedih.

Chan hanya diam melihat riaksi semua yang seperti tidak tahu itu , tadi memang Changbin jumpa dia sekejap untuk menyuruh Chan menyediakan senarai nama pelajar pertukaran malam ni.. selepas memberi arahan itu Changbin terus menghilang pergi meninggalkannya dalam keadaan kebingungan.

Yang peliknya, benda boleh sahaja call ataupun message.. tetapi kenapa Changbin perlu berlari berjumpa dengan Chan juga untuk mengatakan hal tersebut?

Di tangan Chan ada senarai nama tersebut, dia hanya membaca satu persatu nama tersebut termasuklah ada nama Harry sekali.

'Kenapa dia nak senarai nama ni?' pelik Chan.

Tiba tiba pintu bilik terbuka, terlihat kelibat Changbin memasuki ruangan bilik tersebut. Dan terus melangkah duduk di sebelah Chan.

"Mana Felix?" Tanya Hyunjin.

"Dia tido, hyung biar je dia rest." Ringkas Changbin.

"Biar la saya teman dia, risau la dia kena apa apa." Tawar diri Hyunjin.

"Tak perlu, kita kan nak sembang pasal masalah Harry.. kamu kena ada. Lagipun hyung dah kunci bilik dari luar." Ujar Changbin sambil menunjukkan kuncinya.

Semenjak biliknya pernah dipecah masuk, Changbin lebih berhati hati. Harry tu bukan normal pun bagi Changbin, risau.

"Okay.." perlahan suara Hyunjin, kecewa.

Jeongin hanya mengeluh, risau betul ya Hyunjin..

"Felix sakit ke?" Tanya Seungmin risau.

"Tak, dia okay je.. cuma penat tadi sebab ikut hyung jalan jalan petang tadi." Jawab Changbin.

"Tak apa ke Felix tak ada?" Tanya Chan.

"Haah, Felix hyung okay ke tak dikejutkan?" Tanya Jeongin .

"Ye juga, entah entah dia memang nak join perbincangan kita." Sambung Han.

"Tak apa, esok saya bagitahu Felix. Biar Felix rehat, tak boleh dia tengah penat lepastu discuss pasal Harry ." Jawab Changbin.

Mereka mengangguk faham, faham dengan situasi kesihatan Felix.

"Lee know hyung tak datang lagi?" Tanya Changbin ke Han.

"Saya tak tau.." kekok Han.

Lee know sekarang ni sudah tidak inform apa apa dekat Han, kalau tidak.. Han adalah orang pertama yang tahu tentang keberadaan Lee know.

Changbin membuka phonenya, lalu menaipkan sesuatu. Semua mata memerhatikannya.

"Tak pe lah, sikit lagi Lee know hyung sampai la kot". Ujar Changbin.

Han memandang telefonnya, mengharapkan mesej dari Lee know hyung....

"Mana senarai nama?" Tanya Changbin ke Chan.

Chan menghulurkan senarai nama tersebut. Changbin menyambutnya lalu membaca satu persatu semua nama pelajar pertukaran setiap course.

"Kenapa kamu minta benda ni?" Tanya Chan.

"Saya saja nak tengok nama." Jawab Changbin.

Chan hanya memandang Changbin pelik.

Tiba tiba pintu terbuka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now