23. KEKOK?

32 6 0
                                    

" ERGHHHH BERATNYE!" Han meletakkan barangnya ke tanah.

Pagi ini, pelajar sekarang sedang mengikuti program perkhemahan kelab, semua kelab ada tidak kira ahlinya lelaki mahupun perempuan. Macam yang diperkatakan sebelum ni, program perkhemahan memang akan diadakan setiap sem 3,2 dan 1 bagi merapatkan silaturahim setiap pelajar. Dan tak semua pelajar menyertai ya. Program ini juga menaikkan markah mereka juga di universiti itu. Walaupun 2 hari 1 malam, ia teramat lah bermakna untuk setiap pelajar dengan adanya aktiviti santai yang dapat melepaskan tekanan di dalam otak.

"Siapa suruh bawak barang banyak" gelak Seungmin.

"Cehhh" Han menyampah.

Felix yang dari belakang berjalan dengan lelah, oleh kerana diorang akan berkhemah di kawasan bukit jadi kena mendaki la sikit. Felix kalau boleh dia tidak mahu ikut program kokurikulum ini, lagi lagi jauh daripada kawan kawannya.

Dah nama pun program kokurikulum, mesti la kena duduk di kelab masing masing. Dah la Felix tak reti bergaul.

Changbin? Hmm kali terakhir bersembang pun semasa Changbin bawakkan dia ke klinik. Lepas daripada itu, diorang jadi kekok. Changbin dengan tak selalu ada kat biliknya itu pun satu sebab. Bilik tu cuma tempat Changbin tidur je kalau boleh. Tak tau la ni namanya berdamai ke atau masih bergaduh.

Walaupun duduk sebilik pun tak tau la nak sembang apa kekok sungguh. Kalau orang tanya 'korang okay ke?' 'masih gaduh ke?' Felix mampu jawab 'kami okay je'. Sejak itu senyumannya menjadi palsu. Hahaha joke.

Felix membelek gelang yang diberi Changbin. Pening dia dengan Changbin, sekejap baik sekejap dingin. Tiba tiba Felix tersenyum, dia teringat kembali kejadian di dalam kereta, Changbin layan dia baik baik sampai belanja minum lagi. Rindu.

"Sian Felix hyung, sejak gaduh dengan Changbin hyung.. dia dah macam tak betul." Jeongin menggelengkan kepalanya melihat gelagat Felix tersipu sipu senyum melihat tangannya sendiri.

"Tapi diorang dah berbaik dah, tapi tu lah macam gaduh." Seungmin menghelakan nafasnya melihat situasi sahabatnya.

"Aigooo sampainya hati Changbin hyung, dah tak betul dah adik kembar sehari saya. " Han membuat muka kesiannya itu,

"Apa yang hyung dah buat?" Tiba tiba ada suara menyampuk.

Mereka bertiga serentak memandang suara yang dikenali itu iaitu Changbin hyung.

"Err lapar la, jom makan." Han mengajak larikan diri, mereka pun ikut melarikan diri juga.

Seungmin menepuk bahu Han.

"Aduhh whyy"

"Jahat mulut tu, jom pergi kat Felix". Garangnye Seungmin.

"Tak yah la, tu ada orang dah teman dia. Jom pergi naik cepat". Han jalan kedepan.

' Tapi apa salahnya jalan sekali?' pelik Seungmin.
-
Changbin menghelakan nafasnya melihat juniornya mengumpat belakang belakang. Changbin baru nak bergerak menaiki bukit, dia terhenti dan tenung Felix yang sedang bersembang dengan Hyunjin. Tak tau la kenapa Changbin rasa kekok dengan Felix, rasa macam Felix ni se-something sangat. Changbin pergi meninggalkan Felix
.
.
Sesampai sahaja di tempat perkhemahan itu matahari sudah betul betul di atas kepala, mereka memulai acara pasang khemah dan kemaskan persekitaran kawasan itu.

"Tak sangka hyung dapat sekhemah dengan kamu." Teruja Yeonjun sambil memasang khemah dibantu oleh Felix.

"Kenapa hyung tak sekhemah dengan Changbin hyung?" Felix pelik, mereka kan rapat.

"Hyung yang sepatutnya tanya kat kamu". Gelak Yeonjun.

Felix hanya senyum.

"Alahh lagipon pengerusi kelab bina badan tu ha dah cop dia awal awal."Yeonjun memuncungkan bibirnya menunjukkan kearah Kim Jinhwan yang sedang memaku khemahnya dibantu Changbin,dibalas anggukkan faham Felix. Tiba tiba Changbin bertentangan mata dengan Felix. Felix terus mengalihkan pandangan ke tempat lain.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now