29. SALAH KAU!

34 6 1
                                    

.
.
Pada pagi itu, dalam pukul 7.30 pagi dah Lee know menunggu kedatangan Changbin di pondok pengawal berhadapan blok kolej kediaman. Boleh je Lee know tunggu didalam kawasan blok kediaman, tetapi Changbin menyuruhnya menunggu di hadapan pondok pengawal.

Changbin senang je bagi arahan, dia tak tau betapa kekoknya duduk di sini dengan pengawal tu matanya tak berhenti henti memandang Lee know.

"Dari tadi kat sini, tunggu siapa?" Tiba tiba pengawal itu bersuara setelah sekian lama Lee know disitu .

"Tunggu kawan." Tunduk hormat Lee know ke pengawal.

Dari jauh datanglah kereta hitam yang agak mewah, Lee know tahu kereta itu milik Changbin.

"Tu kawan saya" ujar Lee know dibalas anggukkan pengawal itu.

Changbin berhenti sebelum memasuki pagar kolej kediaman, peraturan disini agak ketat ye.

Changbin memandang Lee know dan Lee know membuat isyarat mulut ' kau nak cakap apa kat dia?' sambil memuncungkan mulut ke pengawal yang melangkah ke Changbin. Changbin hanya membalasnya dengan senyuman sinis sahaja. Lee know mengikuti pengawal itu mendekati kereta Changbin.

Changbin menurunkan tingkap keretanya itu supaya boleh berbicara dengan pengawal keselamatan itu.

"Ye, kenapa nak masuk?" Tanya pengawal ke Changbin.

"Saya ada urusan dengan pejabat pengurusan kolej kediaman."

"Pelajar ye?" Tanya lagi pengawal itu ke Changbin, Changbin menganggukkan kepalanya.

"Kad pelajar ada?" Tanya pengawal itu.

Banyak tanya pula pengawal ni.

Changbin memberikan kad pelajarnya, pengawal itu yang sedang menggunakan tablet milik universiti itu sepertinya menyemak sesuatu. Dia memandang Lee know.

"Betul ke kamu ada urusan ni?" Tanya pengawal seperti tidak percaya.

"Saya MPPp, saya ada urusan dengan pejabat pengerusan kolej." Jelas Changbin.

"Ye, saya tahu. Tapi awak tak boleh masuk blok kediaman sepatutnya." Larang pengawal itu.

Changbin memandang Lee know seperti meminta tolong.

"Ah tuan, dia cakap betul tuan, ni kad pelajar saya, Saya MPP perfileman juga, kami memang perlu bincangkan perkara penting dekat pejabat.Maaf mengganggu kerja tuan"kata Lee know dengan nada serius.

Pengawal menghelakan nafasnya.

"Okay, Tinggalkan kad pelajar ye sebelum masuk". Arah pengawal.

"Eh kenapa?" Tanya Changbin.

"Kat sistem cakap kamu ni kena gantung kolej 5 hari, sepatutnya tak boleh jejak kaki kat sini langsung tapi dah kamu kata ada urusan jadinya kamu kena lah tinggalkan kad pelajar, nanti keluar ambil balik." Jelas pengawal.

Changbin mengangguk faham, apa boleh buat kan? Dia pun memberikan kad pelajarnya. Lee know terus masuk ke dalam kereta Changbin, ye la.. jarak nak ke blok mereka bukan lah dekat, tadi Lee know nk datang ke pondok pengawal pun termengah mengah, tapi tak pe...Lee know anggap lah tu joging di pagi hari.

Pengawal itu melepaskan mereka masuk. Kereta itupun menyusuri masuk ke kawasan kediaman pelajar.

"Lambat! Kamu tau tak, nak beku hyung tunggu kamu dengan pengawal tu dengan tak berhenti henti pandang hyung." Lee know jeling Changbin.

"Alaaa sorry la hyung". Serba salah Changbin.

Mereka sudah sampai di blok kediaman mereka. Changbin meletakkan kenderaannya dengan cermat dan keluar dari kereta itu.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now