20. YANG TERSIMPAN

29 6 0
                                    

.
.
"UISHHH!"

Yeonjun berdiri mengejut, ia membuatkan kawannya Soobin iaitu roommatenya itu terkejut dan memandangnya pelik.

"Kenapa hyung?" Tanya Soobin dengan wajah mengerut.

"Tak de apa apa la" sengih Yeonjun.

Yeonjun terus mencapai jaketnya dan menggayakan dirinya depan cermin. Suasana hati Yeonjun sangat gembira.

"Hyung nak pergi mana tengah tengah malam ni?" Tanya Soobin kembali.

"Changbin ajak keluar jalan jalan keluar uni naik kereta" gembira Yeonjun.

"Kenapa tiba tiba je? Bukan ke hyung dah jumpa dia tadi" Pelik Soobin.

"Tak tau la dia tu.." Yeonjun mencapai topi miliknya itu dan melangkah keluar bilik.

"Hyung pegi dulu" Yeonjun pon pergi.

Soobin hanya menghelakan nafasnya, ikut suka Yeonjun la nak buat apa. Pengawal keselamatan semestinya bagi Changbin keluar masuk uni ni disebabkan jawatan MPPnya itu. Untungla...

Soobin yang masih bermain game di phonenya ...

*Only you woo woo woo woo woo (you!)
You woo-

"Hello?"

"Oii Soobin!"

"Ye nape daehwi, kau nak apa?"

"Aku pulangkan pemutar skru esok tau, kat fakulti kau "

"Haaa okay okay, kau kat bilik ke tu?"

"Eh tak lah, aku baru balik dari blok perfileman haa.. senior perfileman nak minta aku jadi pelakon tambahan kat filem assignment dia"

"Laku eh kau"

"Kau diam la Soobin, by the way.. tadi ada kecoh kat blok perfileman.. kawan Yeonjun hyung tu gaduh dengan roommate dia.."

"Changbin hyung ke?"

"Ehh haah.. Changbin hyung marah marah.. serem sis.. katanya gaduh pasal gelang"

"Eh Yeonjun hyung pon dari blok perfileman tadi.. dia tak cakap apa apa pon"

"Mana la aku tau"

"Seronok eh kau gosip.. dah la aku tutup dulu."

"Haaa ye la yela.. bye"

*Tuttttt

'Maksudnya Changbin hyung ajak Yeonjun hyung keluar healing la ni?'

Soobin pelik, tak pernah pernah berlaku kes camni.

'lantak lah' Soobin malas nak ambil tau.
.
.

Changbin sudah sampai diblok Yeonjun, Changbin menunggu Yeonjun dengan menyandarkan dirinya dan memandang ke atas.

"Hai awak!"

Chaeyeon lari mendekati Changbin dengan teruja.

"Chaeyeon~ kenapa nak jumpa saya?" Senyum manis Changbin.

Mereka berdua berada di depan fakulti perfileman.

"Saje rindu hehe"

"Ish betul betul la Chaeyeon"

"Sorry la kacau awak.. saya baru je habis kelas haaa tu yang nak jumpa.

Chaeyeon mencari sesuatu didalam begnya.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now