55. UGUT

37 4 1
                                    

Kelas Felix sudah pun tamat, semua pelajar bergegas berkemas untuk pulang ke blok kediaman, cuma Felix seorang sahaja yang diam termenung memandang ke luar tingkap.

"Felix, kau okay?" Risau Seungmin.

Felix memandang Seungmin, Han dan Jeongin yang menunggu Felix mengemas.

"Weh Felix aku minta maaf tau.. aku bukannya tak percaya, cuma aku takut kau silap je-" jelas Han.

Jeongin menyiku perlahan Han, dasar hyungnya itu.. itu bukan memujuk, itu tidak mengaku salah. Han mengangkat kening terkejut dengan yang lebih muda.

Felix faham apa yang dimaksudkan Han, siapa je yang percaya si Harry 'budak baik' tu mencuri.

Felix memandang sekelilingnya, pelajar di dalam kelasnya itu. Semua memandang Felix dengan riak wajah tidak berpuas hati. Ada yang berbisik bisik lagi di hadapan Felix.

Felix mengeluh, dia memandang ke luar tingkap semula.

"Felix?" Panggil Seungmin.

"Korang balik la dulu.. aku nak sambung buat assignment sikit." Ujar Felix.

"Ala hyung.. sambung kat bilik la hyung... Boleh buat dengan saya." Ajak Jeongin.

Felix memandang Jeongin lalu tersenyum tawar.

"Tengok lah macam mana, korang balik la dulu." Senyum Felix.

"Hm okay la, apa apa call tau." Arah Seungmin dengan menepuk lembut bahu Felix.

Felix mengangguk perlahan.

Mereka pun meninggalkan Felix bersendirian di kelas itu.
.
.
______

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya pelajar lelaki itu.

Lagi dua orang pelajar hanya senyap merangkul bahu pelajar itu.

Pintu salah satu studio dibuka, pelajar itu hanya pelik melihat tingkah laku kawannya itu.

Pelajar itu memandang hadapan, terlihat sosok tubuh Lee know yang duduk diatas meja sambil memandang maut ke arah budak itu.

Pelajar itu mengerutkan keningnya lalu memandang belakang, didapati kawan kawannya sudah hilang pergi meninggalkan lelaki itu.

'Sial la aku kena umpan.' umpatnya dibenak hati.

Lelaki itu memandang Lee know yang turun dari meja itu, lelaki itu terus lari ingin keluar.

Tetapi betapa terkejutnya dirinya apabila melihat kehadiran Bang Chan yang datang dari luar bilik studio itu menghalang pintu sambil tersenyum miring. Lelaki itu panik.

Tiba tiba kedua belah bahu lelaki itu disentuh, lelaki itu tersentak dan menoleh kebelakang.

"Selamat datang, mari ikut saya ye." Senyum Hyunjin.

Dia melihat Lee know yang mengisyaratkan 'ikut dia'. Lelaki itu menelan air liur lalu merelakan dirinya ditarik lembut oleh Hyunjin.

Hyunjin mendudukkan lelaki itu di kerusi, Chan pula mendekati lelaki itu lalu berdiri disampingnya. Risau risau lelaki itu melarikan diri. Lee know hanya berdiri dihadapannya sahaja.

Sekarang ini, mereka bertiga hanya tenung lelaki itu tanpa sepatah perkataan. Berpeluh juga la lelaki itu.

"Korang nak apa sebenarnya ha? Tak puas hati pasal Harry?"

Ya, lelaki itu adalah lelaki yang paling bersemangat menghentam Felix tadi.

"Baik kau diam sebelum aku sumbat tisu tu kat mulut kau." Senyum Lee know sambil menunjukkan ke arah tisu di atas meja tersebut.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now