26. DIPERHATI?

27 5 1
                                    

Pagi yang cerah ini, Felix bangun daripada tidur. Felix menggeliat bagaikan tiada hari esok. Selesai sahaja menggeliat, dia melihat katil sebelahnya.

Kosong.

"Dia dah pergi kelas kot.. hehe nasib baik pagi ni tak de kelas."

Sekarang pukul 11 pagi, patut la Felix nampak tenang, kelas pagi cancel. Kalau tidak, pukul 8 pagi dah dia kena berada di kelas.

Felix bangun dari katil, ingin mandi bersiap pergi lepak ke bilik orang ataupun cari makan. Ye la bosan duduk bilik.

Felix check phone miliknya, mana la tau ada info info dari sahabat sahabatnya. Bahagianya Felix sekarang.. tidak seperti zaman persekolahannya yang dulu, semasa dia menjadi mangsa buli.

_____________________________

Changbin hyung 🖤

{ Nanti nak makan tu makan dengan
hyung. ) ⁹·⁵⁰ a.m

{ Pukul 1 okay tak? ) ¹⁰·¹⁵ a.m

{ Makan kat dewan makan ke atau makan kat luar uni? ) ¹⁰·¹⁵ a.m

{ Aik tak bangun lagi ke? ) ¹⁰·³⁰ a.m

{ Mentang mentang tak de kelas
😤 😂 ) ¹⁰·³⁰ a.m

______________________

Felix tersenyum membaca meses itu.

Ya, hubungan diorang menjadi rapat. Semenjak beberapa hari selepas kem perkhemahan itu, mereka mula rapat dan tak kekok. Felix pun selesa dengan Changbin. Makan bersama, pergi kelas bersama.. Tidur? Tak de la selalu sekatil.. kadang kadang je.. errr kadang kadang ..

________________

¹¹·¹² a.m. ( Sorry hyung balas lambat 😂 }

¹¹.¹² a.m. ( Pukul 1 okayy👌 }

¹¹.¹³ a.m ( Makan kat dewan makan🥺 }

______________

Felix tersenyum, seronok dapat serapat ini dengan Changbin.

Felix bangun mahu mandi bersiap keluar dengan Changbin walaupun hanya makan kat dewan makan berdekatan bangunan tempat tinggal pelajar.

*Tting Tting

Felix terus periksa phonenya selepas mendengarkan notifikasinya.

_____________

{ Amboi baru bangun ye 😏 ) ¹¹·¹⁴ a.m.

{ Pergi mandi tu ) ¹¹·¹⁴ a.m.

____________

Felix tersenyum gedik, bagaikan berbalas meses dengan crush. Ehem.

___________

¹¹·¹⁵ a.m. ( Mana adaaa }

¹¹.¹⁵ a.m. ( Okay hyung 😆 }

__________

Felix menutup phonenya lalu dengan lajunya pergi bersiap mandi.
.
.
.

JUST REALISED [MALAY] Where stories live. Discover now