prolog | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

16.6K 1K 8
                                    

"El, tolong mama boleh tak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"El, tolong mama boleh tak?"

Elyana memandang wajah mamanya yang baru saja masuk kebiliknya itu.

"Nak tolong apa, mama?"kini dia sudah bangun dari perbaringannya.Dahinya berkerut.

Datin Elana tersenyum manis.Tangan anak gadisnya itu dicapai sebelum dia usap perlahan.Nak minta tolong mesti pandai pujuk kan? Hehe!

"Macam ni, mama ada tempah bunga dekat kedai kawan mama..Tapi petang ni papa ajak mama pergi main golf pula dengan kawan - kawan dia.."terang Datin Elana.

Elyana menjongketkan keningnya.Dari situ saja, dia sudah tahu apa yang mamanya itu inginkan.

"Jadi?"

Datin Elana tersengih.

"Boleh tak El ambilkan untuk mama? Jangan risau, nanti mama bagi duit minyak okay?"bukan main Datin Elana memujuk anak gadisnya itu.

Elyana mencebik.Kan dah agak!

"Okay lah, lagipun El memang dah bosan sangat dalam bilik ni.. You're lucky."kata Elyana.Rambutnya yang sudah kusut kerana terlalu lama baring diatas katil itu lantas diikat kemas.Badan diregang.

Datin Elana tersenyum lebar.Lihat, tak susah mana pun kalau nak suruh Elyana.

"Sayang, El!"wajah Elyana ditarik sebelum satu kucupan dilabuh kan pada kedua belah pipi gadis itu.

Elyana tersengih.Suka diperlakukan sedemikian.Apa lagi yang melakukan ialah mamanya!

"Sayang mama juga."

✪✪

Faer merenung uminya yang duduk di hadapannya itu.Di wajah wanita itu terlakar senyuman manis.

"Kenapa umi datang company Faer ni?"

Datin Farah tersengih.

"Kenapa? Tak boleh ke umi lawat anak umi ni? Umi rindu tahu tak?"lembut saja nada yang digunakan oleh Datin Farah.

Faer mengerutkan dahi.Ni mesti uminya ingin minta sesuatu daripadanya.Faham benar dia dengan wanita tersebut!

"Tell me, what do you want?"

Datin Farah tersengih lebar.Macam tahu - tahu je anaknya itu yang dia inginkan sesuatu.Bagus, anak yang soleh!

"Umi nak bunga lagi?"

Faer melepaskan keluhan.Betulkan apa yang dia kata? Uminya itu tidak pernah melawatnya secara percuma tanpa ada apa - apa!

"Bukan tiga hari lalu, Faer dah belikan bunga ke untuk umi? Takkan dah layu? Ataupun dicuri orang?"

Selalunya uminya itu akan meminta dia untuk belikan bunga setiap seminggu sekali.Tapi kali ini? Belum sampai seminggu dah minta lagi? Buat lauk ke apa bunga tu?

"Alah, kawan umi ada stok baru dekat kedai bunga dia..Takkanlah umi nak balas tak nak kan? Nanti kecil hati pula kawan umi tu.."ujar Datin Farah dengan nada sedihnya.Padahal tak sedih pun!

Faer merenung wajah uminya dengan kening yang ternaik sebelah.

"Takut kawan umi kecil hati ke ataupun umi yang nak complete kan koleksi bunga umi kat rumah tu?"

Datin Farah tersentak.Namun cepat saja riaknya dineutralkan semula.Tidak ingin anak lelakinya itu menangkap helahnya.

"Eh apa pula kata umi macam tu! Ingat umi ni jenis perempuan yang suka kumpul bunga ke apa?"

Faer menggeleng kepala.Ada - ada saja telatah uminya itu..

"Petang sikit Faer pergi beli"kata Faer sebelum kerjanya yang terhenti tadi disambung semula.Nak tak nak, terpaksa juga dia beli bunga lagi hari ini.Boleh jadi duta kedai bunga dia kalau macam ni terus!

Mata Datin Farah sudah bersinar.Mulut nya tidak henti - henti tersenyum.

"Maksudnya boleh lah ni?"

Faer memandang uminya.Riak kekal dingin tanpa sebarang senyuman.

"Yes, Datin."

"Oh my Allah, thank you, son!"ucap Datin Farah sambil meraup mukanya penuh kesyukuran.Dah serupa menang loteri!

Faer hanya menggeleng kepala.Uminya dengan bunga memang tidak dapat di pisahkan.Tak boleh berenggang!

Asyik bunga, bunga, bunga!

















To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now