"Good morning, mama and papa!"ucap Elyana penuh riang sebaik tiba di meja makan itu.Pipi Dato' Edri dan Datin Elana dicium sekilas.
Dato' Edri dan Datin Elana pelik.Anak gadis mereka yang sudah melabuhkan duduk itu dipandang dengan dahi yang berkerut.Kenapa, macam lain?
"Kenapa pandang El macam tu?"soal Elyana penuh kehairanan.Wajah mama dan papanya dipandang silih berganti.
Cantik sangat kah dia hari ni??
"Kamu sihat ke ni El?"tanya Datin Elana dengan sedikit berkira - kira.Risau juga dia melihat keadaan Elyana yang terlalu gembira dan riang itu..
Elyana menjongketkan kedua keningnya keatas.Belakang tangan kanannya terus dilekap kedahi.Cuba merasa suhu badan nya daripada kawasan itu.
"Tak lah, kenapa mama?"
Datin Elana menggeleng.
"Tak de apa - apa pun..Haa, kamu nak pergi mana ni? Awal pagi lagi dah nak keluar ke? Selalunya, seharian kalau boleh, nak terperap saja dalam rumah ni..Where do you want to go?"ujar Datin Elana sambil menuangkan teh panas itu kedalam tiga cawan kaca.
Elyana tersengih lebar.Haih, ingat saja tentang rancangannya hari ni sudah mampu membuatkan dia bahagia.
Apa lagi kalau bukan nak pergi ke syarikat Faer? Kalau hari tu dia ditemani oleh Datin Farah, maka hari ini dia pergi seorang diri.Dia mesti lah biasakan diri dari awal lagi kan? Sebagai persediaan!
Nanti lepas mereka kahwin, tidaklah dia kekok nak melawat syarikat Faer nanti!
Ahaks!
"El nak lawat bakal menantu mama dengan papa dekat syarikat dia.."malu - malu El memberitahu.Siap mengemam bibir lagi untuk menahan senyuman.
Padahal, siapa saja yang tidak dapat melihat senyuman itu? Sudah terang lagi bersuluh yang gadis itu sedang bahagia!
Dato' Edri dan Datin Elana membulatkan mata mereka.Aik, sejak bila pula mereka ada menantu ni? Jangan - jangan anak mereka itu sudah ada teman lelaki?
"Bakal menantu? Siapa, El?"soal Dato' Edri ingin tahu.Wajahnya sudah riang sebaik mendengar kata - kata Elyana tadi.Kalau betul, ertinya tak lama lagi, dia akan ada menantu lah?!
Datin Elana juga sudah berhenti dari membuat kerjanya.Kini perhatiannya diberikan sepenuhnya pada Elyana.
Tidak mahu terlepas biar sedikit pun!
"Em..Malulah.."
Dato' Edri dan Datin Elana ketawa besar melihat tingkah anak mereka itu.Malu - malu kambing konon!
"Ish, bagitahu lah cepat El.."gesa Datin Elana yang sudah tidak sabar.Dalam otaknya sudah terbayang yang dia akan memiliki sepasang cucu kembar nanti!
Bahagianya, hidupnya sebagai nenek!
Elyana ketawa gedik.Atau yang lebih tepat sekali, ketawa kambing.Yelah, dia pun bukannya mahir sangat dalam isu menggedik ni..Yang dengan Faer tu, semuanya secara spontan.Entah jin gedik mana saja yang sudah merasuknya.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...