"Mak su, siapa gadis cantik ni?"soal Hafif sambil memandang gadis yang berdiri di sebelah Datin Farah itu.Keningnya sudah hampir bertaut rapat kerana kehairanan.
Datin Farah menggulingkan bebola mata nya keatas.Anak buahnya itu memang tak sah kalau tak banyak tanya kan?
"Tak payah pun kamu tahu..Jom teman Mak su beli mineral kejap.."tanpa tunggu sebarang balasan daripada hafif, Datin Farah terus menarik lengan lelaki itu untuk beredar dari situ.
"Eh, Mak su apa ni?!"
Elyana ketawa melihat tingkah Datin Farah itu.Macam tahu - tahu je yang dia nak berdua - duaan dengan encik kacak!
Eits, bukan berdua - duaan untuk buat perkara yang bukan - bukan tau! Alah, apa lagi? Dia nak memikat Faer lah!
"Haih.."satu keluhan terlepas dari mulut Faer.Kini, dalam ruangan itu hanya ada dia dan Elyana.Uminya dah kenapa? Boleh pula dia tinggalkan mereka di situ!
"Eh, encik kacak nak pergi mana tu?"soal Elyana dengan sengihannya bila melihat Faer yang sudah mulai bangun dari duduknya itu.
Terhenti langkah Faer.Mata dipejam sebelum nafas dalam ditarik.Tidak lama kemudian, dia mencelikkan matanya semula sebelum berpusing menghadap gadis yang duduk disofa itu.
"My name is Faer..Faer Mahfuz!"tegas suara Faer menuturkan ayat itu.Dia sudah rimas dengan panggilan Elyana buat dirinya itu.Encik kacak, encik kacak! Bawa mampuslah!
Makin lebar sengihan Elyana.
"Oh ye ke? Nama saya Nur Elyana Erika..Selamat berkenalan, Faer.."
Faer tercengang.
"Hey, aku bagitahu kau bukan untuk berkenalan..Tapi, boleh tak stop panggil aku encik kacak? Aku rimas lah!"ujar Faer dengan nada yang sungguh wakili perasaan rimasnya pada saat itu.Siapa saja yang mendengar pasti akan terasa hati ataupun menangis.
Tapi, tidak bagi Elyana.Makin banyak Faer bercakap, makin banyak juga idea nya datang untuk membalasnya.Balas bukan sebarang balas, tapi balas dengan cara yang lembut dan memikat.Ahaks!
"Kalau encik kacak tak boleh, panggil baby boleh tak? My love ke? Abang pun okay kan? Cepat bagi suggestions!"kata Elyana tanpa ada perasaan malu sekali pun.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Betul kan?
Faer meraup wajahnya kasar.Bahasa apa lagi yang patut dia gunakan agar gadis itu faham? Faham dengan maksud perkataan rimas itu!
"Suka hati kau lah..Aku dah malas cakap dengan manusia yang susah sangat nak faham bahasa ni."akur Faer.Langkahnya diatur menuju kemejanya.Dia sudah penat untuk berbalas kata dengan gadis bernama Elyana Erika itu.
Perempuan mana pernah salah.
"Saya tak faham bahasa sekarang ni pun sebab awak juga, baby..Kalau awak tak hadir dalam hidup saya, memang saya akan sihat walafiat je..Tapi tengoklah sekarang ni, nampak awak je automatik jadi tak waras..Tak waras dengan wajah kacak awak tu, baby.."lembut Elyana berkata.Tawa yang dibuat - buat gedik terlepas dari mulutnya.Entah jadi ketawa ke, ataupun bunyi kambing..
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Roman d'amour[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...