bab 13 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

8.4K 771 37
                                    

"Elana, Edri, tak lama lagi kita akan jadi besan! Aku tak sangka betul lah!"kata Datin Farah dengan riak yang terlalu bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Elana, Edri, tak lama lagi kita akan jadi besan! Aku tak sangka betul lah!"kata Datin Farah dengan riak yang terlalu bahagia.Wajah Dato' Edri dan Datin Elana dipandang silih berganti.Kedua iris matanya tampak bersinar kerana terlalu gembira.

Tidak dia sangka, anak lelakinya yang tidak pernah terlibat dalam mana - mana percintaan itu akhirnya telah mengambil keputusan untuk kahwin.Lihat, ibu mana saja yang tidak suka dengan khabar itu? Tambahan lagi, gadis yang ingin dinikahi oleh anaknya itu ialah anak gadis kepada kawannya.Sekaligus pilihan hati tuanya.

Siapa saja yang tidak bahagia?

"Kau sangka aku? Aku sangkakan yang anak aku ni berangan je nak kahwin dengan anak kau..Yelah, El ni pun bukan nya boleh percaya sangat..Kadang suka sangat berangan sampai lupa dunia yang sebenar.."ujar Datin Elana dengan satu senyuman manis.Bahagianya hanya Allah saja tahu bila mengetahui yang dia akan berbesan dengan kawan baiknya sendiri.Pandai anaknya mencari suami!

Tak jauh - jauh!

Elyana tidak tersengih mendengar kata - kata mamanya.Mamanya itu kalau tidak memalukan dia sekali memang tak sah!

Nasib lah ada Faer disitu.Jadi, rasa malu tu kurang sikit bila memandang wajah kacak lelaki itu.Haih, boleh tak kalau nak kahwin malam ni juga? Lama lagi lah..

Datin Farah dan Dato' Edri ketawa besar mendengar ucapan Datin Elana itu.Ada - ada saja telatah lucunya.Serupa sangat dengan Elyana!

"Jadi Faer, Elyana? Macam mana dengan urusan semua tu? Kamu nak tunang lagi ke macam mana? Ataupun kahwin terus tanpa tunang?"soal Dato' Edri sebaik tawanya mulai reda.Kini wajah Faer dan Elyana yang dari tadi hanya diam dia pandang satu persatu.Yelah, dalam hal ini mereka sebagai orang tua perlulah memberikan bantuan.Lagipun mereka sudah melalui benda yang sama.Jadi, apa salahnya mereka jika ingin membantu?

Faer berdehem.Postur badannya yang santai menyandar tadi dibetulkan.Dia sempat melirik kearah Elyana sebelum mata dihalakan kepada Dato' Edri.Nak tengok lama - lama nanti perasan pula gadis itu.Siapa saja yang tidak kenal?

"Em, Kami rancang nak kahwin terus lah..Lagipun, Faer dengan Elyana tak suka majlis banyak - banyak ni.."jawab Faer terus terang.Sebenarnya, mereka belum ada berbincang apa - apa lagi.

Tapi kisah pula dia kan? Nak sangat kahwin, jadi tak payahlah tunang!

Dato' Edri mengangguk kepala.Bagus lah tu, lagipun dua - dua pihak telah berikan persetujuan.Jadi kenapa lagi nak tunang bagai kalau boleh kahwin terus?

"Jadi nikah terus lah ni?"tanya Datin Farah dan Datin Elana serentak.Ketara sangat yang dua wanita itu ingin tahu!

Faer mengangguk.Elyana terpinga - pinga.Tak, sekarang ni sejak bila dia cakap yang dia tak suka majlis besar - besar ni? Pandai - pandai saja lelaki bernama Faer Mahfuz itu.

Tapi, bagus juga lah..Bila tiada tunang, lagi cepat mereka kahwin.Dan bila sudah kahwin, lagi senang lah dia nak manja - manja dengan lelaki itu nanti.Ahaks!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now